Lega dan syukur....

Cuti raya haji baru-baru ini dapat dimanfaatkan bersama keluarga tercinta. Walaupun masa yg singkat tapi dapat merasakan kepuasan bersama keluarga terutamanya bersama ibu dan ayah. Usia mereka semakin meningkat, ibu pula semakin tidak sihat. Kalaulah dapat bersama mereka dengan lebih kerap, mungkin banyak yg dapat dilakukan untuk mereka.

Sejak ibu dimasukkan ke hospital beberapa minggu yg lalu (tapi alhamdulillah dah pun discharged), saya merasakan perlunya untuk bersama mereka dengan lebih kerap kerana dapat merasakan bila2 masa sahaja mereka akan dijemput Illahi. Tak dapat membayangkan hidup tanpa mereka, walaupun sedar hakikat bahawa suatu hari nanti mereka akan pergi juga.

Syukur, semasa raya puasa yg lalu saya sempat melawat mak saudara saya di Kota Tinggi, dia sedang bertarung nyawa melawan penyakit kansernya. Kini dia sudah tiada lagi. Semasa raya haji kedua, kami dikejutkan dengan berita kematian bapa saudara sebelah suami pula. Suami bergegas ke Batu Pahat untuk menziarahi keluarga di sana. Suami sempat bersama-sama menguruskan jenazah dan dia juga berasa lega dapat melaksanakannya. Peluang yg ada itu sempat juga berjumpa dengan saudara mara yg lain, lebih-lebih lagi yang sudah bertahun2 tidak berjumpa. Ini merupakan satu kepuasan.

Semalam sebelum pulang ke Kuala Lumpur saya singgah untuk melawat mak long dan pak long saya di Segamat. Sudah hampir 4 tahun lebih saya tidak ke sana, walaupun niat ke sana memang ada tp sering sahaja ada yg menghalang. Namun semalam, saya bersama suami dan anak-anak menggagahkan diri juga ke sana. Alhamdulillah, boleh saya katakan memang berbaloi. Kami berborak panjang, makan2 (dapat makan masakan kampung yg sangat sedap, puas!)

Insya Allah, aktiviti ziarah-menziarahi saudara mara, selain keluarga tercinta akan dihangatkan, agar perhubungan menjadi lebih rapat dan mesra....Insya Allah....

0 comments:

Post a Comment