Kata-kata hikmah

1. Ilmu laduni itu adalah ilmu kurniaan Allah kepada sesiapa yg diinginiNya. Bahasa ilmu iniadalah bahasa hati dan kehidupan adalah taruhannya.

2. Halal itu jelas. Haram itu jelas. Di antaranya itu syubahat. Peliharalah diri dr syubahat dan ia diibaratkan seperti melindungi agama dan kehormatan diri.

3. Zuhud dunia akan dicintai Allah, zuhud pd manusia, disukai ramai. Perlu bijak mengatur kehidupan zuhud itu agar tidak mendatangkan fitnah.

4. Barangsiapa yg melapangkan seorang mukmin pd suatu kesusahan di dunia, nescaya Allah akan melapangkan kesusahannya di hari kiamat.

5. Barang siapa yg menutup keaiban seseorang muslim, nescaya Allah akan menutup keaibannya di akhirat dan Allah selalu menolong hambaNya yang berusaha menolong saudara2nya.

6. Barang siapa menuju satu jalan yg menuntut ilmu, nescaya Allah akan memudahkan suatu jalan bgnya ke syurga.

7. Sesungguhnya Allah memaafkan kita dr segala kesilapan, kealpaan dan sesuatu perkara yg di paksa. Ini adalah Rahman dan Rahim Allah kepada kita hambaNya.

8. Tidak beriman kita sehinggan hawa nafsu patuh dan taat kepada ajaran Islam melalui ilmu Al-Quran dan sunnah berpandukan hadis Rasullulah SAW.

9. Manusia yg mempunyai sifat Tawadduk, jujur, redha dan ikhlas kepada Allah maka dia akan selamat dr tipu daya dan godaan iblis melaui harta, kuasa dan wanita.

10. Berkat makan itu adalah dimulakan dgn 3 jari selepas doa makan dibaca. Minumlah air setelah 40 langkah selepas makan agar sempurna hazamnya.

11. Jgn sesekali menyulam air minum semasa makan kerana ia boleh melemahkan akal dan fikiran.

12. Hidup perlu ada padanya niat, maksud, fikir dan matlamat. Bermula niat dengan jiwa yg tenang. Jiwa yg tenang datangnya dari hati yg kasih.

13. Matlamat hidup adalah suatu usaha yg jitu berpandukan Al-Quran & Sunnah iaitu bagi mengembalikan martabat agama agar beriman & berharap hanya kepada Allah.

14. Ilmu itu hanyalah panduan. Yg menyemarakkan ilmu itu adalah yg mengamalkannya. Ilmu yang dibaca dan diajar sahaja tidak bermanfaat andai tidak diamalkan.

15. Semua ilmu yg dipelajari perlu mendapat tunjuk ajar ulamak. Carilah ulamak atau guru yg tidak mempunyai kepentingan dunia pada syariatnya.

16. Awas! Selangkah berjalan mencari keredhaan Allah, akan dihalang dgn berbagai ujian, godaan, gangguan dan tentangan. Hanya keikhlasan sahaja yang menjadi bekalan.

17. Sesungguhnya segala ujian, godaan, gangguan dan tentangan itu diizinkan Tuhan, semata2 mahu melihat kesungguhan dan memantapkan wadah keimanan.

18. Bermula berjalan kepada Allah adalah dengan menunaikan hak kepada ibubapa dengan sempurna selagi ianya tidak melanggar kehendak Allah dan Rasul.

19. Bermula menunaikan hak ibubapa adalah dengan melapangkan hati & jiwa mereka. Lapangkan hati mereka dgn menunaikan hak siasah mereka beserta dgn doa.

20. Berdoalah kepada Allah sentiasa walaupun diri penuh dgn dosa & noda. Ingat! Sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.

21. Jangan disesali dengan pengalaman pahit di dalam kehidupan kerana ia adalah satu ilmu, wadah dan panduan di dalam perjalanan untuk mendapat keredhaan Allah.

22. Sesungguhnya ilmu itu datangnya dari langit, pengetahuan itu datangnya dari pembacaan dan kuliah, ilham pula dari pengamatan, renungan dan pengalaman.

23. Iman itu pada roh, amal itu pada hati, Islam itu pada jiwa, dan ehsan itu pada diri.

24. Beramal yg sedikit dengan istiqamah (tetap) itu adalah lebih baik daripada amal yg banyak tetapi sekali sekala bila ada masa terluan sahaja.

25. Jangan tertipu dengan bisikan syaitan yg mahu menghindarkan kita dari berdoa dan memohon kesejahteraan kerana Allah SWT megarahkan kita supaya sering miminta dan berdoa kepadanya.

26. Fikir agama itu lebih baik daripada ibadat sunat 1000 tahun. Mereka yg bijak berfikir adalah yg sering memikirkan tentang mati.

27. Fikir mati itu adalah fikir bagi menyediakan diri untuk kembali kepadaNYA dengan susunan kehidupan yang sentiasa bersedia untuk menghadapinya.

28. Fikir mati itu juga merangkumi penyediaan kepada barisan pimpinan , sokongan, pelapis dan ekonomi agar apa yang di tinggalkan akan terus terlaksana dengan penuh syiar.

29. Jangan bermusuh atau berprasangka buruk sesama manusia selagi kita tak mengenali latar belakangnya kerana itu adalah bermulanya segala dosa yg membawa kepada dengki dan khianat.

30. Kenali malaikat dengan menghafal nama-nama mereka beserta tugasnya. Seringlah berbisik-bisik dengan mereka tetapi awas! Jangan terpedaya pula pada bisikan syaitan.

31. Hidup ini adalah suatu perjalanan. Perjalanan pula terdapat berbagai ujian. Setiap ujian itu tersirat hikmahnya. Setiap hikmah menjadi anak kunci keinsanan.

32. Selagi nyawa dikandung badan, perlu bagi hidup menabur bakti untuk agama, bangsa dan negara kerana itulah maksud hidup kita di dunia ini.

33. Segala amal dan usaha di dalam hidup adalah didorong oleh fikiran & naluri. Di dalam naluri itu ada pertimbangan di antara buruk dan baik, cantik dan keji.

34. Seorang yg memikul kayu dibelakangnya untuk dijual itu lebih baik daripada meminta2 kerana ia boleh mendatangkan kekufuran dan fitnah kehidupan.

35. Di antara penyakit hati itu juga bermula dengan cemburu, di susuli dengan irihati, jin bisikan dengki dan syaitan pimpin kepada khianat.

36. Cemburu itu baik kerana ia adalah suatu persaingan yang sihat. Tewas dalam bersaing tanpa redha, menyebabkan irihati dan dengki, maka timbul pula kebencian.

37. Rumahku, syurgaku....Keharmonian rumahtangga dan keluarga boleh dipelihara dengan menjaga amal & tertib rumahtangga dengan penuh jujur, taat, redha dan ikhlas isinya.

38. Perlu ada ketua keluarga bagi menjamin kesejahteraan agar sukar syaitan membisikkan kehancuran kepada keluarga yg bahagia itu.

39. Syarat ketua keluarga itu perlu ada kasih sayang tanpa berbelah bahagi. Adil di dalam membuat keputusan dengan memahami wadah isi keluarganya.

40. Ibubapa di dalam keluarga itu umpama raja & permaisuri, anak2 dan isi rumah pula seperti rakyat dan khazanah kerajaan. Tadbirlah ia dengan bijaksana.

0 comments:

Post a Comment