Himpunan kata-kata hikmah buat renungan....

1. Bagaimanakah agaknya pandangan malaikat kepada kita yg mengaku beriman sedangkan perbezaan iman kita dengan SAHABAT R.A umpama setitik air berbanding lautan.

2. Nikmat di dunia yang paling tinggi bagi lelaki adalah wanita, tetapi kerana wanita juga manusia diusir dari syurga sebab mereka mudah terpedaya dgn tipu daya iblis/syaitan.

3. Kita ada Tuhan tetapi tidak mengenaliNya. Kita ada Rasul tetapi tidak mahu mencontohinya. Kita ada kita tetapi jahil tentangnya. Siapa kita di muka bumi ini?

4. Sebaik-baik muhasab diri adalah dengan merenung kelemahan, kekurangan dan dosa2 lalu dengan penuh istigfar dan bersyukur kerana masih di beri waktu untuk bertaubat.

5. Bermula zikir dengan fikir. Bermula fikir dengan hajat. Bermula hajat dengan keperluan. Bermula keperluan bila kekurangan. Kekurangan ini menandakan kita makhluk yang lemah.

6. Sesuatu niat itu wajib baginya kesempatan waktu dan kukuh dengan pegangan iman yg sabar menghadapi sebarang ujian, gangguan, godaan dan tentangan.

7. Puasa mampu bertindak mengahncurkan sisa-sisa racun/toksik dalam darah manusia dan memberi kesegaran pada otot2 serta mampu memberi imbangan dalam darah.

8. Kita sering berbelanjan demi memuaskan hawa nafsu tetapi amat berkira berbelanja demi kesuburan iman sebagai tanda syukur untuk mendapat keredhaan Tuhan.

9. Kekayaan di dalam kehidupan adalah terletak pada ilmu pengetahun dan mudjahadah demi pembangunan ummah, adalah sebaik2 perasaan kehambaan pada Allah.

10. Bajai iman dengan mujahadah kehidupan, didik nafsu dengan berpuasa, asah fikiran dengan fikir mati, bentuk peribadi dengan solat dan bina kalam dengan bertasbih.

11. Cara hidup menentukan cara mati, syukur menentukan alam kubur, sabar menentukan masyhar dan ikhlas menentukan titian sirat.

12. Kurniaan Tuhan itu terbahagi kepada 3 iaitu kepuasan nafsu, keindahan amal dan ketenangan kehidupan. Maka perlu bijaksana di dalam menerima anugerahNya.

13. Berjalan kepada Allah ada 4 cara iaitu fikir pada perjalanan syariat, zikir pada perjalanan tariqat, sabar pada perjalanan hakikat dan syukur pada perjalanan makrifat.

14. Hidup perlukan perjuangan, tanpa perjuangan tiada pengorbanan, tanpa pengorbanan tiada kecintaan, tanpa kecintaan musnah segala kehidupan.

15. Sesungguhnya perjalanan rukuk iman itu bermula dr bwh iaitu hidup atas Qada dan Qadar, diikuti dengan kiamat, kitab Rasul, Malaikat dan akhirnya bertemu dengan Allah.

16. Jangan bermusuh atau berprasangka burk sesama manusia selagi kita tak mengenali latar belakangnya kerana itu adalah bermulanya dosa yang membawa kepada dengki dan khianat.

17. Hafallah kesemua cerita 25 para Rasul itu bersama sejarahnya. Di situlah tersuratnya masalah yg terkumpul di akhir zaman ini. Fikir2 kanlah.

18. Hidup ini adalah suatu perjalanan. Perjalanan pula terdapat berbagai ujian. Setiap ujian itu tersirat hikmahnya. Setiap hikmah menjadi anak kunci keredhaan.

19. Sebaik2kaya adalah kaya ilmu. Secantik2 hiasan adalah akhlak yg mulia. Seindah2 kemuliaan adalah taqwa dan sesegak2 diri adalah kesihatan yg sempurna.

20. Makan nasi itu kenyang, makan hati itu tegang, makan masa itu hilang, makan usia itu tembelang. Makan tidur itu?

21. Jauhilah diri kamu dari bermusuh dan berbaktilah serta berbuat baik kepada orang yg memusuhi kamu, kerana terselindung hidayah disebaliknya.

22. Kawan yg mengajak berbuat mungkar itu syaitan, yg menggoda itu nafsu dan yg mengajak melakukan lalai itu kafir. Siapakah kawan disekeliling kita?

23. Yang memperbaiki kelemahan diri itu mulia. Yang membuka aib org itu hina. Yang istigfar tetapi sering melakukan dosa itu sia2. Yang sering bermunajat itulah petanda hamba.

24. Iman itu utk mengkotakan diri, Islam itu untuk melaksanakan diri. Insan itu mencantikkan diri dan ehsan itu membentuk peribadi.

25. Ajal itu ketentuan mati kita. Janganlah membazir waktu dan harta untuk meneyelamatkan nyawa. Tetapi selamatkan iman kita yg sentiasa lemah & kurang itu.

26. Celaka/BAhagia itu terletak pada taat, jujur, redha dan ikhlas dalam kehidupan. Dgn ini juga kita sering berada di persimpangan fikir dan amal.

27. Bermula taat dgn ikut, ikut dgn suka, suka dgn senang, senang dgn lapang, lapang dgn tenang, tenang dgn terang hati melalui hidayah dan qada.

28. Jujur itu telus terutama pada diri sendiri. Tiada rugi bila jujur dgn manusia juga haiwan, malah keuntungan rohani dinikmati dan menjadi pelita hati.

29. Terima apa sahaja kemungkinan yg dtg sama ada yg baik mahupun yg buruk, dgn hati yg terbuka dan tetap bersyukur dgn amalan dan istikamah.

30. Ikhlas itu sgt subjektif. Buat sesuatu perkara itu kerana Allah, tak buat sesuatu perkara itu juga kerana Allah. Ilmu laduni menjadi sandarannya.

30. Ilmu laduni itu adalah ilmu kurniaan Allah kepada sesiapa yg diinginiNya. Bahasa ilmu iniadalah bahasa hati dan kehidupan adalah taruhannya.

31. Halal itu jelas. Haram itu jelas. Di antaranya itu syubahat. Peliharalah diri dr syubahat dan ia diibaratkan seperti melindungi agama dan kehormatan diri.

32. Zuhud dunia akan dicintai Allah, zuhud pd manusia, disukai ramai. Perlu bijak mengatur kehidupan zuhud itu agar tidak mendatangkan fitnah.

33. Barangsiapa yg melapangkan seorang mukmin pd suatu kesusahan di dunia, nescaya Allah akan melapangkan kesusahannya di hari kiamat.

34. Barang siapa yg menutup keaiban seseorang muslim, nescaya Allah akan menutup keaibannya di akhirat dan Allah selalu menolong hambaNya yang berusaha menolong saudara2nya.

35. Barang siapa menuju satu jalan yg menuntut ilmu, nescaya Allah akan memudahkan suatu jalan bgnya ke syurga.

36. Sesungguhnya Allah memaafkan kita dr segala kesilapan, kealpaan dan sesuatu perkara yg di paksa. Ini adalah Rahman dan Rahim Allah kepada kita hambaNya.

37. Tidak beriman kita sehinggan hawa nafsu patuh dan taat kepada ajaran Islam melalui ilmu Al-Quran dan sunnah berpandukan hadis Rasullulah SAW.

38. Manusia yg mempunyai sifat Tawadduk, jujur, redha dan ikhlas kepada Allah maka dia akan selamat dr tipu daya dan godaan iblis melaui harta, kuasa dan wanita.

39. Berkat makan itu adalah dimulakan dgn 3 jari selepas doa makan dibaca. Minumlah air setelah 40 langkah selepas makan agar sempurna hazamnya.

40. Jgn sesekali menyulam air minum semasa makan kerana ia boleh melemahkan akal dan fikiran.

0 comments:

Post a Comment