My business

23 March 2012
Saya memulakan business saya secara rasmi pada bulan September tahun 2011. Mendapat kekuatan daripada pelbagai perkara, tp yang utama sekali dari keinginan sendiri yang amat meminati dunia bakeri. Walaupun sepanjang kehidupan saya selama ini tidak didedahkan dengan persekitaran masak-memasak secara meluas (hanya sekadar masak2 utk makan sendiri, yg simple2...hehe!), tp saya memberanikan diri utk terus berbizzness walaupun saya tidak mendapat tunjuk ajar daripada sesiapa, tidak juga menghadiri kelas mana2, hanya mendapat ilmu daripada online semata2.

Saya mulakan dengan membuat homemade chocolate, saya fikir ianya tak susah....tp harapan sangat menggunung dalam hati nak buat roti, nak buat cake, nak buat dessert...macam2....hehe!

Banyak masa juga saya habiskan memahami tentang coklat, peralatan2 dan macam2 lagi. Saya amat berterima kasih pada blogger2 yang tidak lokek ilmu meletakkan info di blog mereka supaya ilmu itu dapat dimanfaatkan oleh org ramai.

Walaupun bizzness x lah berskala besar lagi, tp sedikit demi sedikit saya mempelajari benda baru, merancang produk2 yg ingin saya tambah, mencari skil2 baru.....dengan harapan, usaha dan doa saya, suami dan anak2, insya Allah bizzness ini dapat dikembangkan lagi....insya Allah....

Kini, daripada coklat, saya menambah produk seperti apam, fancy cookies dan tak lama lagi cheesetart. Saya juga boleh design untuk tq tag atau sticker!

Bolehlah visit blog bizzness saya http://nerd-arts.blogspot.com atau FB page saya nerdArts.biz
Category: