?

Dunno exactly what I'm feeling right now....I guessed I'm emotionally disturbed by few things that happened last week. Few days back I did something which I'm not sure why. I really put my mind into something but yet I did something contradict....still asking myself why? Eeermmm....maybe some other day I get the answer. But the best answer I could think of is....I'm not ready....

Sabtu lepas dapat berita ttg kematian seorang junior, rasa sgt terkejut sbb mcm tak percaya itu adalah dia. Bukan tidak dapat menerima kematian cuma rasa terkilan selama ini tidak tahu pun ttg penyakitnya. Pulak tu selalu berbalas komen dengannya di FB. Walaupun kami tidak rapat, apatah lagi untuk tahu tentang kisah hidupnya, tp dia adalah salah seorang junior yg senang didampingi and in english I could say, she gives me good feeling, terasa kejujuran dan keilkhlasan daripadanya.

Saya andaikan dia seorang yg perahsia, kerana bukan saya sahaja, majoriti kawan2nya tidak tahu tentang keadaannya. Kenapa yer dia rahsiakan, sekurang-kurangnya kami semua dapat berdoa untuknya, dapat menggembirakan hatinya. Kesian pada anaknya yang masih kecil....dalam FB nyer pun tidak ditunjukkan atau dicerita-cerita tentang suaminyer. Ada juga yg bertanya siapa suaminya.

Keadaan ini membuatkan saya semakin yakin Allah itu adil dan setiap manusia itu sudah direncanakan hidupnya. Tatkala saya merasa susah dan dihurungi dengan pelbagai masalah, ada insan yang lebih susah dan bermasalah. (Ya Allah, maafkanalah hambaMu ini yg tidak kuat imannya dan sangat cetek pemikirannya....)

Just untuk ingatan kepada diri saya, apa yg kita miliki hanyalah pinjaman. Bila sampai masa untuk kita 'hilang'  apa yg dipinjamkan oleh Allah, kita perlu redha dan sentiasa bersedia. Walaupun kita pasti sedih, biarlah ia sedih yang berpada, ingat pada Allah dan bangkit semula. Hargailah apa yang kita ada, dan berikan yang terbaik pada mereka. Hidup kita tidak sama dgn orang lain dan nasib kita berbeza-beza. Apa yang penting setiap benda yang dilakukan menuju ke jalan Allah. Semoga saya berjaya menepis godaan syaitan, semoga saya diberi petunjuk dan hidayah, semoga saya diberi kekuatan untuk melakukan perkara yg betul.

To azra, semoga rohmu dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Sesungguhnya Allah lebih menyayangimu. Semoga anakmu mendapat perlindungan dan kasih sayang secukupnya. Semoga sesiapa sahaja yang mengenalimu memaafkan segala kesalahanmu, dan menghalalkan segala2nya kepadamu. Semoga dirimu tenang di sana....amin.
Category: , 0 comments