3 hero sibuk didapur....

Today sangat2 x sihat, nak belajar coding pun mcm x masuk jer. Weekend lepas siapkan satu tempahan apam chantek....alhamdulillah, tempahan pertama utk apam. Bila ada tempahan, itulah masa utk memahirkan diri. Tp yg kelakarnya masa tgh prepare apam ni, anak2....x sudah2 nak makan, nak makan....hehe! Kelakar tgk gelagat mereka. Mereka suka sgt kalo saya buat sesuatu utk makan...x sabar2....membuatkan saya rasa seperti saya sgt terror memasak! Sedap sangat pada dia org....hehe...Kadang2 adakalanya juga, mereka kata x sedap....ialah budak2 kan mmg sangat jujur memberi pendapat....hurmmm...itulah semangat utk saya perbaiki dan pelbagaikan masakan!

Bila masak dengan mereka didapur, disamping menghiburkan, juga mentensionkan. Mana taknya, mereka pun nak memasak jugak, si abang sibuk bertanya itu dan ini, si adik sibuk memerhatikan apa yg sedang kita buat, yg lagi sorang tgh tunggu jer apa2 yg boleh diambil...haish....bila lepas jer....abihlah....

X sempat nak snap gambar dia org....sgt2 kelakar dan menghiburkan.... ; ) Nak tulis panjang2 sgt2 x larat....Rehat jap....

Coding

Yer, saya mmg x suka sangat coding.....utk org mcm saya mmg agak susah nak faham....bukan x boleh tp memerlukan penelitian yg tinggi....perlu duduk lama2 di pc utk betul2 faham, buat latihan byk2 supaya boleh betul2 faham dan tahu gunakan dgn baik sekali.....hurmmm nampaknya skrg no choice saya kena jugak belajar balik benda2 ni....belajar sendiri! Aaarrrghhhh!....Kena kuat semangat!

Tempat belajar antara page yg sesuai utk org mcm saya....back to school! Oh yeah!

Kadang-kadang memang tidak kuat....

Memang kehidupan ini ada pasang surutnya....kadang-kadang ada yg boleh kita lalui dgn tabah, tp ada kalanya kita jadi x kuat. X kuat kerana bertubi-tubi benda berlaku ataupun hal yg berlaku seperti tidak ada jalan penyelesaian. Kita memang tidak tahu apa perancagan Allah, tp biarlah kita terus berdoa dan berdoa, pelbagaikan usaha, tabah dan sabar....insya Allah, Allah akan bukakkan jalan penyelesaiannya. Kita x boleh putus asa. Org lain mungkin x kan faham dan mereka x perlu faham, yg penting kita tahu apa yg kita alami, kita tahu apa yg kita buat dan org2 yg dekat dgn kita juga tahu apa yg sebenarnya kita alami. Pening kepala hari ni, selsema dan rasa x selesa. Smg Allah permudahkan urusan....amin.....

Category: 0 comments

Setahun!

Baru terperasan rupanya dah setahun tak menulis apa2 di blog ni. Sibuk sangat. Sibuk dengan kehidupan yg macam-macam dan pelbagai benda. Antara sebab utama kebizzian, dah memulakan bizness homemade chocs semenjak September tahun lalu. Satu pengalaman yg menarik dan memang sangat2 teruja apabila pergi lebih jauh dalam dunia bizzness dan dunia bakeri.

Minat dalam dunia bakeri mmg dah lama, cuma pelbagai faktor telah menyebabkan ianya tidak dapat direalisasikan. Tapi kuatkan semangat jugak dan atas pelbagai sebab ianya dapat direalisasikan bermula dengan homemade chocolates. Sehingga ke hari ini semangat masih tinggi dan pelbagai usaha dilakukan agar satu hari nanti impian akan tercapai.

Hurmmm, rasanya akan lebih kerap update blog selepas ini. Banyak nak ditulis dan dimuatkan dalam blog ni cuma seperti yg dikatakan tadi kebizzian.

Well bleh jer tgk blog satu lagi ni yang mmg khas utk bizzness nerdArts.biz
Category: 0 comments