mACAM-mAcAM

Huhu....seperti biasa takda masa nak menulis, tp macam banyak benda yg nak dicoretkan....minggu2 korea, minggu2 euro (ecehceh....mcm lah bersengkang mata tgk bola, hehe....ada jer depan tv tu tp with the eyes close, kononnya nak tgk tp satu game pun x lepas....tp berjaya jugaklah tgk final Spain vs Italy....itupun separuh masa jer hahaha.....berkobar2 sokong Spain, tp x tgk penuh pun....; ) Takpe yg penting Spain menang besar!)

Korea? Ya, What about Korea? Huhu.....terasa sungguh indah....hehehe....angan2 jer.....Watched 2 drama, x berani nak tgk lebih2 esp tgk ditempat yg tak sepatutnya....huhu.....best2.....hari2 dok ulang2 OST those 2 drama....JGS, oh yeah!

Business, mcm biasa.....disebabkan segalanya belajar sendiri, jd segalanya ditempuh dgn kesabaran. Adakalanya mixturenya jd, adakalanya tak jadi.....bila dah byk kali berlaku kita semakin mahir (mahir ke? belum2....belum lagi.....kena byk2 salah lagi...hehe). Tp yg pastinya ia masih belum mematahkan semangat utk terus buat dan berikan yg terbaik. Satu yg pasti, mmg x cukup masa bg working mom mcm saya, with 3 boys....syukur hubby banyak membantu but still x cukup masa. Dalam kepala mcm2 perancangan utk kembangkan business tp hurmmm...terpaksa hold a few things. Penat keje di ofis, doing all the house chores, cooking, playing with the kids, attend to their needs, hubby lagi....masa utk diri sendiri? Sakit dah badan2....hurmmmm, takpe....everything will be just fine later....insha Allah....doa dan terus berdoa.....wah bestnya dapat urut2, spa mepa ke..... ; )

Huhu, harap2 berita yg dinanti2kan akan menjadi kenyataan juga.....sekurang-kurangnya, ringan sikit beban dan segala yg dirancang dapat dilaksanakan satu persatu.....ya Allah tabahkan hati, kuatkan semangat dan semoga diri ini menjadi lebih baik setiap hari.....

Tak lama lagi dah nak puasa, semoga puasa kali ini lebih baik, semoga banyak amalan2 dapat dilakukan. Semoga keadaan bertambah baik dan semoga Hari Raya dapat dinikmati bersama-sama keluarga tersayang.

Huhu....dah start batuk plak ni....perit2.....minggu ni juga sibuk dgn order....harap2 dapat lakukan yg terbaik!


Saragne!
Category: 0 comments

Business Trip to Parit Buntar

Cewah business trip....hehe....last weekend hubby ada shoot wedding kat Parit Buntar, his own cousin. Biasanya if dia shoot wedding mmg we all x ikut sbb nanti bdk2 ni kacau. But this time ikut plak....jalan jauh tu dah sempadan Perak-Kedah dah. After hubby selesai we all gerak ke Taiping sbb Parit Buntar hanyalah pekan kecil. Niat di hati ke Taiping nak pegi ke zoo ke (Night Safari), or few interest place there. Tp bila sampai, masing2 dah penat sangat and as for me, saya pening plak tu mungkin sbb siangnya panas sangat, tambah lagi melayan kerenah anak2 sambil tunggu hubby habis shoot. So, lepak hotel and we had and early nite after dinner. Suka betul bebudak stay hotel, riang ria mereka....hehe....but I can say its worth staying, bilik yg selesa, bersih dan murah....

In the morning, after the boys semua mandi n siap2, they all pegi cari breakfast saya kemas2 barang. Hubby kata menu dia mcm sama jer, takda yg pelik2 ke unik ke, lgpun dia tak tau mana nak cari. Last2 beli rojak n popiah basah....

After that we all check out n try cari tmpt2 yg best sebelum balik KL. Ada few places but we all cuma singgah kat Taman Tasik Taiping. We all naik sampan....mmg nampak mcm tourist pun, kalau local people takdanya nak naik sampan tgh2 hari buta, panas terik plak tu....haha....

Then we all bertolak nak cari Mee Udang Mak Jah Kuala Sepetang yg famous tu! They say its not far from Taiping. Yelah, alang2 dah sampaikan mestilah nak merasa....akhirnya jumpa....mmg ramai sgt org kat gerai tu, gerai pun dah upgrade, pekerja2 pun dah pakai uniform. Masa tgk kat tv dulu, kedai dia kecik jer....tp mmg sedaplah mee udang tu, udang pun besar....harga pun makin besar.....haha.....

After that pergi ke Ipoh, hubby just nak tgk Bandar Ipoh, then terus shoot balik KL. It was a nice short trip, bdk2 happy. Syukur sangat, alhamdulillah....moh kita tgk gmbr2....hehe.... ; )






Hubby punya menu, mee goreng udang
(Alasan kenapa gmbr ini dipilih, sbb saya nampak kurus....hahaha!)


This is mine, mee udang


Makan sampai pengsan....hahaha!



Kasih abang kepada adiknya....hehe!

Testing, oreo cheese cake....

Hehe, smlm try buat mini oreo cheese cake yg dah berminggu ditangguhkan.....senang jugak buat nya.....mana tak senang mmg cari resepi yg senang utk buat benda2 mcm gini.....just utk memahirkan diri....tp sayangnya belum lagi dapat menikmatinya sangat....rasa sikit jer....belum sempat mengcompletekannya dgn hiasan buah-buhan dan sebagainya.....takpe mlm ni ada masa sikit.....

Tp malangnya saya jer kot yg boleh masuk tekak benda2 cam gini....smlm bg husband rasa sikit, terkulat2 dia nak habiskan....takpe.....nnt kena cuba resepi yg dia boleh makan.....hehe

Macam-macam nak makan

Huhu, puasa2 ni terasa macam-macam nak makan.....nak makan nasi arab lah. burger bakarlah...macaroni lah, red velvet lah, oreo cheese cake lah......yg lain2 tu boleh diusahakan utk buat sendiri tp nasi arab tu baik mkn kat kedai jer.....tp kalo dah asyik x cukup masa jer.....beli jerlah semua kat kedai.....huhu....

Yang sebenarnya masa siang jer mcm ni, tp bila dah buka nanti takda pun teringat sgt nak makan benda2 ni semua.... ; ). But hope dapat makn jugak satu persatu....
Category: 0 comments

Allah lebih tahu....

With little times and a busy schedule every day....mmg tak banyak masa utk menulis....kadang2 bukak blog pun takda idea nak menulis.....ada cerita tp takda mood nak olah......


Alhamdulillah, life has been blessed.....dengan kepayahan hidup yg pernah dirasai dan masih lagi merasai mengajar saya untuk lebih menghargai dan bersyukur dengan apa yg saya ada dan perolehi walaupun sekecil-kecilnya. Memang sebenarnya-benarnya Allah lebih tahu, bila mana kita perlukan sst dan bila mana kita tak perlukannya. Kadang2 kita berdoa bagai nak rak memohon agar Allah perkenankan doa kita......tp akhirnya apa yg dihajati tak tertunai.....hati merasa kecewa dan sedih sekali......as time goes by, walaupun melalui hari2 dgn perit, hati tetap yakin bahawa Allah Lebih Tahu.....akhirnya kenapa dan mengapa Allah tak perkenankan doa itu semakin terjawab. Persoalan demi persoalan terungkai mengapa dan mengapa.....terima kasih Allah kerana menunjukkan jalan kepada hambaMu ini yg sangat lemah dalam setiap sudut. Diri ini akan cuba sentiasa, setiap masa memperbaiki diri agar hadirnya diri ini bukanlah satu yg sia2 utk org2 yg tersayang.


Tak tergambar rasa syukur dihati atas setiap peluang yg diberi, walaupun masih merangkak-rangkak memperbaiki setiap aspek kehidupan dan diri, tanpa disedari atau ada yg memang sedar Allah banyak memudahkan jalan agar diri ini terus kuat dan cekal menuju kepada penghidupan yg lebih baik....syukur alhamdulillah.....


Few days back saya dikejutkan dengan berita kematian seorang rakan yg rapat semasa kami belajar dulu dan masih rapat sehingga masing-masing berumahtangga. Mendengar berita itu saya sangat terkilan kerana hujung minggu sebelum kematian arwah saya bercadang utk melawat arwah kerana niat utk melawatnya sudah tertunda pada hujung minggu sebelumnya dan pada minggu2 yg lepas. Bercerita ttg arwah, dia disahkan mengidap SLE (Systemic lupus erythematosus) iaitu sejenis penyakit di mana immune sistemnya menyerang tisu dan sel di dalam badan yang menyebabkan kerosakan pada tisu2 di dalam badan, selepas arwah melahirkan anak pertama.  Sejak itu arwah sering sakit dan keadaan beliau semakin teruk sepanjang 4 tahun mengharungi hidup bersama penyakit itu. Sejak tahu arwah berpenyakit, saya dan kwn2 yg lain sering melawat beliau terutamanya pada hari raya. Tetapi sejak akhir-akhir ini masing2 seolah-olah sibuk dgn urusan masing2 sehingga tidak sempat menjenguk beliau walaupun menyedari keadaan arwah semakin teruk. Bagi saya, saya tak tahu sejauh mana teruknya penyakit ini kerana ini pertama kali saya mendengar penyakit seumpama ini. Saya tak terfikir akan kematian akan berlaku utk jangka masa yg singkat.


Dulu sewaktu saya ditimpa musibah di mana anak pertama saya dilahirkan x cukup bulan, saya berasa sgt sedih. Sewaktu itu keadaan anak saya sgt kritikal sehingga 2 kali dr membuat emergency call mengatakan anak saya takda harapan utk diselamatkan. Pada masa itu x ramai rakan2 yg tahu akan hal ini. Mmg saya langsung tak terfikir utk memberitahu sesiapa. Tp sebenarnya pada masa itu saya dan suami mengharapkan sokongan ramai agar kami terus kuat hadapi cabaran tersebut. Merasakan itu saya berazam bila mengetahui rakan baik saya Izan Jaafar disahkan mengidap kanser dan juga arwah berpenyakit yg kritikal, saya ingin memberikan sokongan. Kerana saya sudah merasa bagaimana ditimpa musibah yang melibatkan hidup dan mati. Walaupun apa yg saya lakukan mungkin kecil dan hanya sekadar yg termampu sekurang-kurangnya insya Allah, saya dapat meringankan beban mereka.  Sekiranya mereka berada dalam keadaan sakit dan saya tidak dapat bersama mereka, apa yg saya boleh lakukan hanyalah berdoa agar Allah permudahkan buat mereka. 


Hari ini saya saya dikejutkan dengan berita kematian adik ipar rakan blogger yang kisahnya mendapat liputan seluruh rakyat Malaysia sejak setahun yg lalu. Keadaannya mmg amat kritikal, saya mengikuti kisah beliau sejak dari mula beliau disahkan mengidap kanser stage 4. Penghujung tahun yg lalu keadaan beliau semakin baik tp sejak akhir2 ini keadaan beliau semakin kritikal sehingga beliau akhirnya disahkan telah tiada. Apa yg menariknya ttg kisah beliau kerana beliau mempunyai suami yg sangat menyintai beliau. Menjaga beliau sehingga ke akhirnya. Beliau juga mempunyai ahli keluarga yg tidak putus2 menjaga dan berusaha dengan pelbagai cara utk mengubati beliau. Ketabahan hati mereka, usaha mereka yg tidak pernah putus dan sokongan dari org2 sekeliling yg mengenali dan tidak mengenali beliau sangat tinggi. Dan kerana itulah saya berpendapat walaupun beliau sudah berada di stage 4, beliau mampu bertahan selama setahun 2 bulan.....dengan izin Allah, sokongan dan doa yg berterusan beliau mampu bertahan.....


Sbg pengajaran kepada saya, sekiranya sesiapa yg menerima musibah seumpama itu, saya berharap saya dapat memberikan sokongan terbaik saya utk mereka agar dapat memberikan kesenangan dan harapan dan agar mereka gembira....dan yg paling penting saya semakin menghargai org2 disekeliling saya....because when they are gone, nothing can be replaced to them....dan kalo saya pula yg berada dalam keadaan begitu, sudah pastinya saya memerlukan sokongan org2 yg menyayangi saya......


Smg roh  keduanya dicucuri rahmat, mereka ditempatkan dikalangan org2 yg beriman. Mereka berdua mempunyai persamaan, masing2 meninggalkan seorang suami dan seorang anak lelaki yg masih kecil. Smg anak2 mereka ttp mendapat kasih sayang sehingga ke akhirnya.


Ya Allah, peliharalah keluargaku daripada kemungkaran, kemalasan, kerugian dan kealpaan....biarlah kami sentiasa dekat dgnMU, mendapat rahmatMU, keberkatanMU....ya Allah.....amin....
Category: , 1 comments

My bad

Sometimes bila terlalu menilai orang lain lupa untuk menilai diri sendiri, sedangkan diri sendiri yang patut diperbetulkan dahulu. Tak kisahlah apa orang buat kat kita, fikir pasal kita....yang penting matlamat mencari keredhaan Allah diteruskan. Apa pun yang terjadi Allah yang tentukan, baik bagi Allah sudah tentu amat baik untuk diri kita....mmg dalam usaha untuk memperbetulkan diri tu akan ada batu2 kecil melempar membuatkan diri kita hilang fokus, hilang arah....menjadikan kita ikutkan hati dan perasaan yg tak betul....cubalah dapat bertenang dan fikirkan yang positif di kala inikan lebih baik daripada terus-terusan mendorong diri ke arah yang negatif. Syaitan sentiasa menari-nari dikeliling, usah biarkan diri terpengaruh dgn mereka. Ohh!....maafkan saya, ampunkan saya Allah!                            
Category: 0 comments

Another one!

Last 2 weeks was cold fusion, and next week is gonna be php....alhamdulillah....although the final result of it hard to be determined, but I'm just so syukur of the opportunities....adalah sikit perubahan, adalah sikit peluang, it just need my TRULY efforts and sincerity. Please change Ain, you can be as awesome as Izan Jaafar! Strong n committed!

Category: 0 comments

DEciSions!

Yup! making decisions isn't easy especially it relates to your current routines and it surely effects your future. But this time I still have more times to think hard, to pray hard before I make the decisions. 3 years ago I made a big decisions that really affects my future and it turns out what I choose is WRONG, totally disaster to me. Why I am in this situations again (have to make another big decisions)? Maybe Allah wants me to do it right this time....hurmmm...I do really need to plan hard here.....
Category: 2 comments

Tired

Dah beberapa minggu ni terasa penat yg amat sangat, selalu boleh jer handle heavy schedule....tp kali ni mcm x boleh...mungkin sbb bercampur dgn tekanan yg masih belum selesai lagi. Bila dah mcm gini, diri jd out of control....do things unintentionally, say things unintentionally......bad, me very bad....nak gie ofis pun x larat, rasa mcm nak dok umah n tidur sahaja....how I wish....hopes things will be good...ampunkan saya!
Category: 0 comments

3 hero sibuk didapur....

Today sangat2 x sihat, nak belajar coding pun mcm x masuk jer. Weekend lepas siapkan satu tempahan apam chantek....alhamdulillah, tempahan pertama utk apam. Bila ada tempahan, itulah masa utk memahirkan diri. Tp yg kelakarnya masa tgh prepare apam ni, anak2....x sudah2 nak makan, nak makan....hehe! Kelakar tgk gelagat mereka. Mereka suka sgt kalo saya buat sesuatu utk makan...x sabar2....membuatkan saya rasa seperti saya sgt terror memasak! Sedap sangat pada dia org....hehe...Kadang2 adakalanya juga, mereka kata x sedap....ialah budak2 kan mmg sangat jujur memberi pendapat....hurmmm...itulah semangat utk saya perbaiki dan pelbagaikan masakan!

Bila masak dengan mereka didapur, disamping menghiburkan, juga mentensionkan. Mana taknya, mereka pun nak memasak jugak, si abang sibuk bertanya itu dan ini, si adik sibuk memerhatikan apa yg sedang kita buat, yg lagi sorang tgh tunggu jer apa2 yg boleh diambil...haish....bila lepas jer....abihlah....

X sempat nak snap gambar dia org....sgt2 kelakar dan menghiburkan.... ; ) Nak tulis panjang2 sgt2 x larat....Rehat jap....

Coding

Yer, saya mmg x suka sangat coding.....utk org mcm saya mmg agak susah nak faham....bukan x boleh tp memerlukan penelitian yg tinggi....perlu duduk lama2 di pc utk betul2 faham, buat latihan byk2 supaya boleh betul2 faham dan tahu gunakan dgn baik sekali.....hurmmm nampaknya skrg no choice saya kena jugak belajar balik benda2 ni....belajar sendiri! Aaarrrghhhh!....Kena kuat semangat!

Tempat belajar antara page yg sesuai utk org mcm saya....back to school! Oh yeah!

Kadang-kadang memang tidak kuat....

Memang kehidupan ini ada pasang surutnya....kadang-kadang ada yg boleh kita lalui dgn tabah, tp ada kalanya kita jadi x kuat. X kuat kerana bertubi-tubi benda berlaku ataupun hal yg berlaku seperti tidak ada jalan penyelesaian. Kita memang tidak tahu apa perancagan Allah, tp biarlah kita terus berdoa dan berdoa, pelbagaikan usaha, tabah dan sabar....insya Allah, Allah akan bukakkan jalan penyelesaiannya. Kita x boleh putus asa. Org lain mungkin x kan faham dan mereka x perlu faham, yg penting kita tahu apa yg kita alami, kita tahu apa yg kita buat dan org2 yg dekat dgn kita juga tahu apa yg sebenarnya kita alami. Pening kepala hari ni, selsema dan rasa x selesa. Smg Allah permudahkan urusan....amin.....

Category: 0 comments

Setahun!

Baru terperasan rupanya dah setahun tak menulis apa2 di blog ni. Sibuk sangat. Sibuk dengan kehidupan yg macam-macam dan pelbagai benda. Antara sebab utama kebizzian, dah memulakan bizness homemade chocs semenjak September tahun lalu. Satu pengalaman yg menarik dan memang sangat2 teruja apabila pergi lebih jauh dalam dunia bizzness dan dunia bakeri.

Minat dalam dunia bakeri mmg dah lama, cuma pelbagai faktor telah menyebabkan ianya tidak dapat direalisasikan. Tapi kuatkan semangat jugak dan atas pelbagai sebab ianya dapat direalisasikan bermula dengan homemade chocolates. Sehingga ke hari ini semangat masih tinggi dan pelbagai usaha dilakukan agar satu hari nanti impian akan tercapai.

Hurmmm, rasanya akan lebih kerap update blog selepas ini. Banyak nak ditulis dan dimuatkan dalam blog ni cuma seperti yg dikatakan tadi kebizzian.

Well bleh jer tgk blog satu lagi ni yang mmg khas utk bizzness nerdArts.biz
Category: 0 comments