Kenyataan hidup

Dulu macam pernah terbaca in somewhere yang saya ni orang yang sukar menerima kenyataan dan saya perlu belajar untuk menerima kenyataan. Sekarang saya realize memang betul keadaan itu....saya sukar terima kenyataan atas apa yang telah berlaku kepada saya. Buktinya, benda yang berlaku setahun yang lalu masih saya kenang, masih lagi saya bersedih, masih lagi saya membenci, masih lagi saya sangat2 beremosi.

For goodness sake, tak elok saya begitu. Kerana ianya hanya akan lebih merosakkan keadaan. Merosakkan lagi apa yang cuba diperbaiki dan diperbetulkan. Tapi saya tak minta perassan ini menyelubungi diri, ia hadir dan sesungguhnya saya cuba elakkan, saya cuba untuk tidak fikir, saya cuba untuk menepis dan menghalang. Saya bertanya pada diri kenapa perlu meningati benda yang sudah lepas, kenapa perlu dikenang? Jawapannya, mungkin saya tidak redha takdir yang menimpa diri, saya tak boleh terima apa yang berlaku....

Kenapa sukar sangat untuk terima kenyataan hidup? Ada manusia yang lebih sukar kenyataan hidupnya...selagi masih lagi bersedih dan mengenang, selagi itu saya tak boleh move on. Saya masih lagi diri saya yang lemah dan masih tidak berubah....Something must be done supaya saya lebih positive dan teruskan hidup dengan lebih baik lagi....semoga Allah memberikan petunjuk dan hidayah dan memberikan kekuatan agar saya memang boleh berubah dan saya adalah manusia HEBAT!
Category: 0 comments

0 comments:

Post a Comment