Amarah @ Marah?


“Tiada hamba yang meneguk air lalu mendapat ganjaran lebih besar di sisi Allah daripada hamba yang meneguk air menahan kemarahan kerana Allah.” (Hadis riwayat Ibn Majah)

“Bukankah orang gagah itu, orang kuat bertinju. Akan tetapi orang yang gagah adalah orang yang dapat mengawal diri ketika marah.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Kedua2 sabda Rasulullah ini menunjukkan betapa sifat amarah atau marah ini bukanlah satu sifat yang baik malah harus dijauhkan. Kenapa terpanggil untuk menulis tentangnya? Kerana ini adalah salah satu sifat yg sangat kritikal yg saya miliki yg mesti diperbaiki atau dihapuskan sama sekali. Sebenarnya saya pun tidak pasti kenapa dan bagaimana  ianya menjadi satu sifat yg sangat kritikal yg wujud dalam diri saya dengan ketara sekali.

Memang setiap manusia mempunyai sifat marah, tp dalam diri saya ianya sudah menjadi penyakit yg harus diubati. Seingat saya dulu, saya tak begini. Tapi bila difikirkan balik, ditimbal dan dinilai bagaimana sifat ini telah penjadi penyakit dalam diri sehingga memakan diri, saya mendapat jawapan bahawa tanpa saya sedari tekanan dan cabaran yang saya hadapi yg tak berkesudahan telah menjadikan wujudnya sifat itu sehinggakan ianya menyusahkan.

Saya ada terbaca, sifat ini mencerminkan jiwa yang tidak tenteram dan ianya amat disukai oleh syaitan. Dan memang betul jiwa saya belum lagi tenteram. Even perkara yg kecil pun saya boleh jd marah yg amat sangat. Bila marah, saya menjadi lupa diri, saya tak dapat berfikir dengan waras dan hanya mementingkan diri sendiri.

Tapi alhamdulillah, kini saya sudah sedar. Kemarahan tidak membawa apa2 kebaikan malah lebih merosakkan. Oleh itu saya sesungguhnya sedang berusaha untuk menjadi lebih tenang dan lemah lembut seperti yg dituntut oleh agama kita dalam menghadapi apa2 jua situasi.

Saya kena perlu lebih banyak beristigfar, berzikir dan semoga saya berjaya. Saya nak muka saya lebih tenang, lebih manis dan lebih cantik....ekekeke!
Category: 0 comments

0 comments:

Post a Comment