My hope

Hari ni received package yang saya pesan. Bukan senang saya nak buat pesanan online....apatah lagi kalau barang yg hendak dibeli itu takdalah penting sangat or tahap keyakinan ttg online store kureng sket. Tapi package ni mmg takda ragu2, bila di offer tanpa berlengah masa terus saya order dan bayar. Heheh....jeng,,jeng..jeng...apa yer?...."Things you cant miss"



Yup! These 3 books....bila dapat peluang beli buku ni dengan harga yg murah sket, so saya tak lepaskan peluang dan yang paling penting bila beli buku2 ni saya berpeluang menghadiri seminar yang saya 'termiss' dulu.....7 Habits of Highliy Effective People! Wah mmg nak sangat pegi seminar ni....sbb ianya sangat2 memotivasikan diri....(saya mmg perlu dimotivasikan...hehe!) These 3 books are:
1. The Leader in Me-Untuk mendidik anak2 dengan berkesan
2. Predictable Results in Unpredictable Times-For business
3. Great Work Great Career-For Career

So, apa kaitannya dengan tajuk "My Hope"? Harapan saya, saya dapat belajar banyak perkara daripada ketiga2 buku ini dan juga seminar yang akan saya hadiri secara percuma yang berharga RM 2K plus (somewhere next year). Last but not least saya berharap saya dapat berjumpa dont know what to call, but I can say one of my motivater....(haraplah dapat jumpa masa seminar tu nanti and borak lama2....hehe!)

Eeeerrmmm, nak baca mana dulu ni???? Maybe The Leader in Me....
Category: 0 comments

Delivered!

Alhamdulillah segalanya berjalan lancar....Kini saya sudahpun melahirkan bayi lelaki yang ketiga! Wow! Macam tak percaya....bukan sbb tak percaya sudah bersalin tp macam tak percaya anak kini sudah 3! Hari ni hero baru yang diberi nama HADIF IFFAT sudah masuk 28 hari....so far so good, cuma biasalah saya keletihan menyusukan dan menempuhi tempoh berpantang yg agak mencabar....

Saya mengucapkan syukur ke hadrat Illahi kerana kerisauan saya tentang banyak perkara semasa dan selepas bersalin dipermudahkan oleh-Nya. Pertamanya saya risau jika saya merasa hendak bersalin ketika saya di ofis, nanti menyusahkan orang plak nak menghantarnya, dahlah ofisnyer jauh daripada hospital. Ada hospital yg terdekat tp tak suka kalau tempat yg tak biasa, susah sket nak pergi. Kena plak ada mcm2 cerita2 negatif ttgnya. Keduanya saya bimbang kalau saya nak bersalin sewaktu bersama anak2 dirumah, contohnya tgh malam ke, selepas pulang daripada ofis ke.....sebab jika keadaan itu berlaku, mana nak letak 2 hero lagi tu. Dahlah mereka ni jarang dgn sesiapa, cuma nurserynyer sahaja. Lagipun kami takda sesiapa yg terdekat pun nak diminta tolong....Saya mohon sangat pada Allah agar saya merasa sakit2 awal pagi, jadi kami dapat hantar anak2 ke nursery, kemudian suami boleh menghantar saya ke hospital dan tunggu tanpa perlu risaukan 2 hero lagi itu. Dan, alhamdulillah permintaan dimakbulkan.

Pada awal pagi 2 June 2010, saya merasa sakit yang amat sangat. Saya pasti itu adalah tanda contraction sedang berlaku dan saya yakin saya akan bersalin hari ini juga. Bangun pagi sempat mandi2, siapkan anak2 dan saya meminta suami menghantar saya dahulu untuk ke hospital dan dia menghantar anak2 ke nursery. Memang ikut pengalaman terdahulu, kalau dah rasa sakit saya perlu segera ke hospital kerana saya jenis yg cepat dan senang bersalin (lagi kesyukuran saya pada-Nya). Semasa saya hendak dimasukkan ke wad terlebih dahulu, suami sampai setelah menghantar anak2. Lega saya melihatnya....dalam keadaan yg sakit seperti itu, memanglah kita mengharapkan suami di sisi. Lagipun semasa contraction berlaku, saya mmg akan menangis....berjurai2 air mata....lebih kerap contraction berlaku, lebih keraplah air mata ni meleleh. Suami sentiasa mengingatkan saya agar berselawat, fikir positif dan jangan takut. He said I would made it, just be strong.....

Apabila sudah berada di labour room, keadaan saya of courselah semakin sakit.Saya nampak tak putus-puts suami juga berdoa dan membaca ayat2. Saya amat berterima kasih padanya dan berterima kasih pada moment itu kerana suami berada disamping saya ketika itu. Saya sempat memohon maaf padanya atas segala kesalahan dan dosa saya padanya selama ini. Dan akhirnya, saya selamat melahirkan seorang lagi bayi lelaki seberat 3.11kg tepat pada pukul 9.20 pagi....Keluar saja 3rd hero daripada perut, saya mengucapkan syukur pada-Nya, suami juga bersyukur kerana saya selamat. Alhamdulillah saya tidak mengalami sebarang komplikasi dan baby juga dalam keadaan baik.

Selesai segala proses di labour room, saya dihantar ke wad untuk berehat bersama baby....di sebelah katil saya, saya berkenalan dengan NorHuda, dia sedang menunggu untuk bersalin. Awal perkenalan kami tak berborak panjang. Kerana saya waktu itu masih lagi kepenatan dan kesakitan selepas bersalin. Saya berehat dan tido. Apabila saya bangun saya lihat NorHuda tiada dikatilnya. Selang beberapa minit saya nampak dia dibawa oleh jururawat bersama babynya. Alhamdulillah, dia telah selamat melahirkan anak perempuan. Apabila dia sudah rileks dikatilnya, kami berbual2....kali ini perbualan agak panjang. Dia menceritakan pengalaman bersalin anak pertamanya. Dan tanpa disangka anak pertamanya itu sudahpun meninggal setahun yg lalu akibat tersedak susu dinursery. Saya kata padanya saya tidak sangka saya mendengar cerita yg nyata dan bukan terbaca di suratkhabar. Tiba2 NorHuda bertanyakan kepada saya adakah sakit selepas bersalin normal seperti ini? (anak pertamanya lahir dengan pembedahan) Saya tidak pasti seperti ini itu seperti mcm mana? Sebab lepas bersalin mmglah sakit, tp dia kata sakit sangat sampai tidak boleh duduk. Saya tak pasti mcm mana hendak terangkan padanya kerana setiap individu mungkin mengalami sakit yg berbeza2 walaupun basically ia adalah sama, tp saya takdalah sampai tak boleh duduk. Saya menyuruhnya bersabar, kerana ini adalah pengalaman pertamanya bersalin normal....

Masa berlalu, dia kelihatan semakin lemah, mengadu yg sakitnya semakin teruk dan terlalu banyak pendarahan. Saya menyuruhnya untuk merujuk pada Dr, dan apabila diperiksa dia sedang mengalami tumpah darah yg teruk, dia mungkin terkena infection. Dr membuat pemeriksaan dikatilnya, sambil saya mendengar dia menjerit kesakitan. Sedih saya mendengarnya, apatah lagi saya tidak dapat berbuat apa2, mengenangkan lagi cerita ttg anak pertamanya yg sudah tiada. Akhirnya saya tertido dan apabila bangun, saya lihat dia sudah tidak ada dikatil....rupa2nya dia telah dibawa ke ICU. Saya tidak pasti apa yg berlaku padanya dan terkilan sebab tidak dapat berjumpa dengannya sebelum saya pulang. Saya berharap dia sihat dan selamat. Sehingga ke hari ini saya masih lagi ingat padanya. Kejadian ini menambahkan kesedaran dan kesyukuran saya pada yang-Nya kerana saya selamat dan berada dalam keadaan baik.

Kali ini mmg tempoh berpantang saya agak mencabar, malas nak elaborate di sini....tp saya bersyukur dalam keadaan yg sukar ini, ramai insan2 yang sangat prihatin dan mengambil berat. Juga keadaan yg sukar ini dipermudahkan oleh-Nya dengan beberapa kesenangan yang menjadi kerisauan saya sebelum ini. Alhamdulillah, syukur pada-Mu Ya Allah. Terima kasih yang tak terhingga kepada suami kerana menjaga saya dengan baik! Kepada keluarga yg cukup prihatin dan selalu risaukan saya, kepada kawan2 dan saudara mara terima kasih! Kepada individu2, juga sgt2 terima kasih! Terima kasih kerana prihatin, memahami dan mengambil berat!

Kata-kata hikmah

1. Perlu ada pada seseorang suami itu sifat ketua, guru, teman dan sahabat kepada isterinya. Wajib bagi suami mengasihi isterinya sebagaimana cintanya isteri kepadanya.

2. Kepada si isteri, wajib dikasihi. Anak, disayangi. Harta benda, pangkat dan darjat disukai. Kepada Allah dan Rasul wajib dicintai.

3. Peliharalah keluarga sebagaimana kita memelihara maruah diri kerana mereka itu adalah dalil amanah kita kepada yg Esa.

4. Jangan sangka diri sudah ada pada golongan ahli sunnah waljamaah sedangkan amal, hati, jiwa & akal masih penuh dengan keseronokan dunia.

5. Orang yg berputus asa dari rahmat, rahman dan rahim Allah, jelas akan kekufurannya. Terasa sesat dihujung jalan, kembalilah ke pangkal jalan.

6. Hiduplah kita dengan bersederhana dan jangan sesekali berlebih2an kerana dikhuatiri kita akan leka, dan ia boleh membawa kepada pembaziran.

7. Takut kepada makhluk, kita menjauhinya demi keselamatan kita tetapi takut kepada Allah wajib kita mendekatinya demi untuk mendapatkan rahmat dan perlindunganNya.

8. Apabila zina & riba berleluasa, maka kehancuran sesuatu kaum dan bangsa itu akan berlaku sama ada keruntuhan akhlak, budi pekerti dankesusilaan. Nauzibillah....

9. Jangan sesekali ada perasaan sombong dan bongkak dalam hidup kerana ia adalah sebahagian daripada isyarat kepada syaitan untuk memperdayakan kita.

10. Syaitan sangat suke kepada mereka yg suka melayan perasaan dan nafsu ammarah kerana itu adalah pintu yang paling luas untuk dia masuk menggoda.

11. Hadiah paling besar yg diterima syaitan daripada iblis adalah memecahbelahkan rumahtangga dan silaturrahim.

12. Tiada yang lebih gembira bg syaitan selain daripada dapat merosakkan sesuatu ketentuan Allah ituyg asbab daripadanya.

13. Zina itu mengakibatkan banyak wabak penyakit. Tipi dalam urusniagamenyebabkan masalah ekonomi. Tolak zakat menyebabkan kemarau panjang.

14. Dusta itu memberi ruang musuh mengambilalih kuasa dan ekonomi. Pemimpin (Imam) yang tidak mengamalkan Al-Quran menyebabkan berlaku permusuhan sesama sendiri.

15. Kecerdasan akal dan fikiran itu adalah lahir daripada cahayaiman yg menyerap di hati tetapi padamnya ia adalah kerana maksiat yg rela.

16. Maksiat itu adalah perbuatan yg tercela dan boleh menghindarkan pancaran Nur Iman dan kurniaan ilmu Laduni.

17. Allah memudahkan rezeki kepada sekalian makhluknya kecualikepada mereka yg sering melakukan maksiat.

18. Keberkatan rezeki itu disertai dengan ketenangan jiwa dan kelapangan nurani walaupun hanya sedikit tetapi mencukupi.

19. Tiada yang lebih perit dan pahit ygdirasai oleh hati dan jiwamelainkan kemaksiatan yg berterusan malah maksiat itu adalah baja bg nafsu amarah.

20. Maksiat itu boleh menggelapkan hati, jiwa dan raut wajah dari cahaya iman dan menghalang (bertangguh) dr bersegera bertaubat.

21. Kekuatan hati terpancar pada perbuatan dan zahir kehidupan namum kerana maksiat ia pudar dan melemahkan iman.

22. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 org wali dan lebih baik daripada 70 org lelaki soleh. Wanita yg jahat adalah lebih keji daripada 1000 lelaki yg keji.

23. Sebaik2 hati adalah yg hidup. Utk menghidupkan hati perlulah banyak mengingati Allah (zikir), baik dalam berdiri, duduk mahupun dalam keadaan berbaring.

24. Tidak sempurna hati yg berzikir itu andai tiada disusuli dengan amal perbuatan mengikut syariat Islam. (Fikir, amal, khidmat dan sabar)

25. Pesan org arifbillah, jadilah makmum yg baik iaitu solat berjemaah dalam keadaan duduk menunggu imam datang dgn penuh zikir dan tasbih sambil berselawat.

26. Sesunggunya solat itu mencegah perkara mungkar, walau bagaimanapun fikir dan hati harus berusaha dalam meningkatkan ilmu solat itu sendiri.

27. Jangan kita ambil mudah tentang mati tanpa iman, dan perasan akan menikmati syurga akhirnya, malah yg paling celakaadalah tidak takut akan siksa neraka.

28. Allah menyuruh kita meminta pada Dia. Jangan berasa malu untuk berharap daripada Dia walau diri dikelilingi dosa dan noda.

29. Sebaik-baik meminta kepada Allah adalah hidayah (diri, keluarga dan keturunan), keampunan dan dipermudahkan rezeki dan mati dalam iman.

30. Selesaikan sesuatu masalah itu dengan mencari puncanya bukan mencari masalahnya.

31. Berbuatlah sesuatu perkara itu dengan fikir dan zikir kerana ia akan disertakan dengan kesabaran andai dilakukan dengan penuh syukur.

32. Kehidupan ummah akan hancur lebur bila ekonomi dan kebanggaan dunia menjadi jurang perbandingan kehidupan sesama manusia.

33. Kata org arifbillah, gagal sesuatu amal itu adalah kerana perasaan sendiri yg mencengkam hati dan nurani hingga hilang pertimbangan aqal dan qolbu.

34. Tidak teguh iman kita andai kita tidak mempedulikan iman org laindan berbuat baiklah sesama manusia agar penyatuan ummah teguh dan tetap.

35. Hidup ini hanya ada 3 hari. Semlam sebagai pengalaman, hari ini untuk perancangan, dan esok hanya menati jawapan.

Haziq Iqbal

Macam mana yer nak memulakan cerita....tapi rasanya keadaan semakin berat dan boleh saya katakan parah tentang keadaan Haziq. Ya, kami rasakan ianya parah dan begitu buntu untuk mencari cara menagani masalah ini. Haziq bukanlah sakit, dia alhamdulillah sihat walafiat, cuma this recently dia kurang makan....dengan keadaannya yang memang kurus menjadi semakin kurus....

Apa yang lebih membimbangkan kami tentang sikapnya yang semakin manjadi-jadi....dia seorang yang sangat degil dan pemarah....kami menganggap sifat nakal dan talkativenya itu adalah perkara biasa dan normal bagi seorang kanak-kanak, apatah lagi dia adalah kanak-kanak lelaki. Tp apabila nakal, talkative dicampur dengan degil dan pemarah ianya menjadi sesuatu yang sangat membimbangkan.

Kami tidak pasti apa puncanya, apa sebabnya dia jadi begitu....langsung tidak mendengar kata, tidak makan pujuk, tidak makan nasihat.....pada mulanya kami sehabis baik menggunakan kasih sayang dan kelembutan, tetapi ianya tidak berkesan. Apabila dicampur dengan kekerasan, ianya menjadi semakin parah....

Dialah anak pertama kami, dan kelahirannya yang tak cukup bulan dan beberapa kali kami hampir kehilangannya, menyebabkan kasih sayang kami tiada batasan. Segala kemahuan dituruti, segala keinginan dipenuhi. Tetapi pada saya, ianya bukanlah ditahap melampau apa yg dituruti dan dipenuhi. Memang kami kurang ketegasan, kami dengan pelbagai cara buat dia faham tentang sesuatu perkara, pujuk dan bermain psikologi dengannya....tetapi keadaan semakin teruk dan membuatkan kami semakin buntu. Saya sendiri merasakan seolah-olah kami perlu mendapatkan bantuan professional untuk mengatasi masalah ini.

Setiap hari saya berdoa pada Allah agar diberikan petunjuk bagaimana untuk menangani kerenah Haziq, sering juga tertanya-tanya di mana silap kami, apa yang boleh kami lakukan untuk memperbetulkan keadaan agar dia tidak berterusan begitu.


Setiap kali saya menggunakan kekerasan dengan merotannya, pasti saya yang akan menangis dengan seribu penyesalan....dan dia masih begitu walaupun dirotan, walaupun dimarah, walaupun di beri amaran dan nasihat. Huh...bagaimana yer saya nak meggambarkan keadaannya.....

Sekarang ni, every single moment dia akan buat hal....setiap pagi apabila kejutkan dia untuk mandi dan pergi ke sekolah, dia akan menangis. Hampir setengah jam atau lebih memujuknya untuk bangun, dan kekadang apabila dia mula menangis, pujuk lagi dan pujuk lagi....bila tak makan pujuk, marah pula. Dia akan berdolak dalik, menangis dan menjerit-jerit without no reasons. Dia nak dukung, ayah dia dukung. Hampir setiap pagi ayah dia akan dukung untuk ke bilik air, tp dia tetap menangis tanpa sebab, ditanya berkali-kali, memujuk berkali-kali dia tetap begitu.

Bila petang kami menjemputnya drp taska, dia meminta itu ini. Bila dia inginkan sesuatu dia mensti mendapatkannya. Walaupun sudah diterangkan dan beri pelbagai sebab mengapa tidak boleh dia pasti akan marah, mengamuk dan menangis mahukannya juga. Dia akan tendang-tendang sana sini, menggigit tangan ayahnya, mengeluarkan air liur dan membuat perkara-perkara yg membuatkan kami semakin marah. Bila dirumah dia pati akan mengusik adiknya, sama ada mencubit atau mencengkam tangan adiknya. Dia akan berebut permainan. Kalaupun dia bermain sendiri, dia akan membuat bising. Ditegur dan dinasihati lansung dia tidak ambil peduli, berkali-kali panggil Haziq..Haziq..dia buat tak tahu saja....mengapa yer jd begitu? Bila dimarah, dia juga akan marah kami semula, lansung tidak takut, apatah lagi nak menghormati....

Kami jadi buntu seketika....kami juga semakin tertekan....

It's a boy!

Semalam pegi scan, nampak mcm boy....walaupun tak nyata sgt mcm prevoius 2, tp mcm confirm je boy lagi....Anyway, happy tgk dia dah besar dah....semua ok, perkembangan normal....tinggal lagi lebih kurang 3 bulan nak deliver....


Cant sleep

Hehe....I hate this when it happened. I did tried many ways to overcome it but it always failed. Masa pregnant akan lebih kerap berlaku....dah 6 months ni dah start dah. Masa harris dulu sampai nangis2 takleh tido....

Today, I'm in Pahang. More spesifically I'm in Berserah attending 2 days courses. Its good to be away from normal schedule every day, but I miss the kids so much....kali ni pegi emo terlebih pulak. Eeerrrmmm dahlah makin nakal yg si kecik tu,mesti lagi susah ayah dia nak handle, risau pun ada....esp kalau dia mengamuk dalam kereta....but I just hope everything will be in good condition....

Training center dekat ngan pantai jer, tp takda peluang nak pergi bermain-main di air....hehe....lagipun tgk cuaca panas giler.....kena fikir 2,3 kali kalau nak mandi manda....harap2 training habis awal sket hari ni....rasa penat sangat.

Baby makin aktif....tp dia takda spesific time....is like bila2 pun dia akan 'berkominikasi'. Kadang-kadang non stop, is like all over the place....bila sentuh dan usap....senyap plak dia....try to communicate back, tak respon plak unlike my 2 boys, they 'reply'....malu kot yang ni....hehe

Deep inside me, I dont mind whether is a boy or a girl(walaupun dah ada dua boy) sbb to me apa pun yang Allah utuskan ada sebab dan musababnya and I believe, itulah yg terbaik untuk kita. Lagipun bila mengenangkan perihal budak2 sekarang sungguh menakutkan, mereka semakin berani dan terlalu terdedah dengan unsur2 yang tidak baik. Bukan setakat apa yg dah dibaca di dada-dada akhbar, tp melalui pengalaman cikgu2 bercerita tentang anak2 murid mereka, yg baru jer sekolah rendah....sungguh menakutkan....belum cerita yg sekolah menengah....mereka terlalu berani bertindak....

Nak jaga boys pun ada cabarannya, yang girls pun hebat juga cabarannya....so bila difikirkan begitu, really berserah pada takdir....yang penting mereka sihat dan cuba sedaya yang boleh menjaga mereka dengan baik, beri didikan yang baik dan sentiasa mendoakan yang terbaik untuk mereka.
Category: 0 comments