Delivered!

Alhamdulillah segalanya berjalan lancar....Kini saya sudahpun melahirkan bayi lelaki yang ketiga! Wow! Macam tak percaya....bukan sbb tak percaya sudah bersalin tp macam tak percaya anak kini sudah 3! Hari ni hero baru yang diberi nama HADIF IFFAT sudah masuk 28 hari....so far so good, cuma biasalah saya keletihan menyusukan dan menempuhi tempoh berpantang yg agak mencabar....

Saya mengucapkan syukur ke hadrat Illahi kerana kerisauan saya tentang banyak perkara semasa dan selepas bersalin dipermudahkan oleh-Nya. Pertamanya saya risau jika saya merasa hendak bersalin ketika saya di ofis, nanti menyusahkan orang plak nak menghantarnya, dahlah ofisnyer jauh daripada hospital. Ada hospital yg terdekat tp tak suka kalau tempat yg tak biasa, susah sket nak pergi. Kena plak ada mcm2 cerita2 negatif ttgnya. Keduanya saya bimbang kalau saya nak bersalin sewaktu bersama anak2 dirumah, contohnya tgh malam ke, selepas pulang daripada ofis ke.....sebab jika keadaan itu berlaku, mana nak letak 2 hero lagi tu. Dahlah mereka ni jarang dgn sesiapa, cuma nurserynyer sahaja. Lagipun kami takda sesiapa yg terdekat pun nak diminta tolong....Saya mohon sangat pada Allah agar saya merasa sakit2 awal pagi, jadi kami dapat hantar anak2 ke nursery, kemudian suami boleh menghantar saya ke hospital dan tunggu tanpa perlu risaukan 2 hero lagi itu. Dan, alhamdulillah permintaan dimakbulkan.

Pada awal pagi 2 June 2010, saya merasa sakit yang amat sangat. Saya pasti itu adalah tanda contraction sedang berlaku dan saya yakin saya akan bersalin hari ini juga. Bangun pagi sempat mandi2, siapkan anak2 dan saya meminta suami menghantar saya dahulu untuk ke hospital dan dia menghantar anak2 ke nursery. Memang ikut pengalaman terdahulu, kalau dah rasa sakit saya perlu segera ke hospital kerana saya jenis yg cepat dan senang bersalin (lagi kesyukuran saya pada-Nya). Semasa saya hendak dimasukkan ke wad terlebih dahulu, suami sampai setelah menghantar anak2. Lega saya melihatnya....dalam keadaan yg sakit seperti itu, memanglah kita mengharapkan suami di sisi. Lagipun semasa contraction berlaku, saya mmg akan menangis....berjurai2 air mata....lebih kerap contraction berlaku, lebih keraplah air mata ni meleleh. Suami sentiasa mengingatkan saya agar berselawat, fikir positif dan jangan takut. He said I would made it, just be strong.....

Apabila sudah berada di labour room, keadaan saya of courselah semakin sakit.Saya nampak tak putus-puts suami juga berdoa dan membaca ayat2. Saya amat berterima kasih padanya dan berterima kasih pada moment itu kerana suami berada disamping saya ketika itu. Saya sempat memohon maaf padanya atas segala kesalahan dan dosa saya padanya selama ini. Dan akhirnya, saya selamat melahirkan seorang lagi bayi lelaki seberat 3.11kg tepat pada pukul 9.20 pagi....Keluar saja 3rd hero daripada perut, saya mengucapkan syukur pada-Nya, suami juga bersyukur kerana saya selamat. Alhamdulillah saya tidak mengalami sebarang komplikasi dan baby juga dalam keadaan baik.

Selesai segala proses di labour room, saya dihantar ke wad untuk berehat bersama baby....di sebelah katil saya, saya berkenalan dengan NorHuda, dia sedang menunggu untuk bersalin. Awal perkenalan kami tak berborak panjang. Kerana saya waktu itu masih lagi kepenatan dan kesakitan selepas bersalin. Saya berehat dan tido. Apabila saya bangun saya lihat NorHuda tiada dikatilnya. Selang beberapa minit saya nampak dia dibawa oleh jururawat bersama babynya. Alhamdulillah, dia telah selamat melahirkan anak perempuan. Apabila dia sudah rileks dikatilnya, kami berbual2....kali ini perbualan agak panjang. Dia menceritakan pengalaman bersalin anak pertamanya. Dan tanpa disangka anak pertamanya itu sudahpun meninggal setahun yg lalu akibat tersedak susu dinursery. Saya kata padanya saya tidak sangka saya mendengar cerita yg nyata dan bukan terbaca di suratkhabar. Tiba2 NorHuda bertanyakan kepada saya adakah sakit selepas bersalin normal seperti ini? (anak pertamanya lahir dengan pembedahan) Saya tidak pasti seperti ini itu seperti mcm mana? Sebab lepas bersalin mmglah sakit, tp dia kata sakit sangat sampai tidak boleh duduk. Saya tak pasti mcm mana hendak terangkan padanya kerana setiap individu mungkin mengalami sakit yg berbeza2 walaupun basically ia adalah sama, tp saya takdalah sampai tak boleh duduk. Saya menyuruhnya bersabar, kerana ini adalah pengalaman pertamanya bersalin normal....

Masa berlalu, dia kelihatan semakin lemah, mengadu yg sakitnya semakin teruk dan terlalu banyak pendarahan. Saya menyuruhnya untuk merujuk pada Dr, dan apabila diperiksa dia sedang mengalami tumpah darah yg teruk, dia mungkin terkena infection. Dr membuat pemeriksaan dikatilnya, sambil saya mendengar dia menjerit kesakitan. Sedih saya mendengarnya, apatah lagi saya tidak dapat berbuat apa2, mengenangkan lagi cerita ttg anak pertamanya yg sudah tiada. Akhirnya saya tertido dan apabila bangun, saya lihat dia sudah tidak ada dikatil....rupa2nya dia telah dibawa ke ICU. Saya tidak pasti apa yg berlaku padanya dan terkilan sebab tidak dapat berjumpa dengannya sebelum saya pulang. Saya berharap dia sihat dan selamat. Sehingga ke hari ini saya masih lagi ingat padanya. Kejadian ini menambahkan kesedaran dan kesyukuran saya pada yang-Nya kerana saya selamat dan berada dalam keadaan baik.

Kali ini mmg tempoh berpantang saya agak mencabar, malas nak elaborate di sini....tp saya bersyukur dalam keadaan yg sukar ini, ramai insan2 yang sangat prihatin dan mengambil berat. Juga keadaan yg sukar ini dipermudahkan oleh-Nya dengan beberapa kesenangan yang menjadi kerisauan saya sebelum ini. Alhamdulillah, syukur pada-Mu Ya Allah. Terima kasih yang tak terhingga kepada suami kerana menjaga saya dengan baik! Kepada keluarga yg cukup prihatin dan selalu risaukan saya, kepada kawan2 dan saudara mara terima kasih! Kepada individu2, juga sgt2 terima kasih! Terima kasih kerana prihatin, memahami dan mengambil berat!

0 comments:

Post a Comment