Kata-kata hikmah

1. Perlu ada pada seseorang suami itu sifat ketua, guru, teman dan sahabat kepada isterinya. Wajib bagi suami mengasihi isterinya sebagaimana cintanya isteri kepadanya.

2. Kepada si isteri, wajib dikasihi. Anak, disayangi. Harta benda, pangkat dan darjat disukai. Kepada Allah dan Rasul wajib dicintai.

3. Peliharalah keluarga sebagaimana kita memelihara maruah diri kerana mereka itu adalah dalil amanah kita kepada yg Esa.

4. Jangan sangka diri sudah ada pada golongan ahli sunnah waljamaah sedangkan amal, hati, jiwa & akal masih penuh dengan keseronokan dunia.

5. Orang yg berputus asa dari rahmat, rahman dan rahim Allah, jelas akan kekufurannya. Terasa sesat dihujung jalan, kembalilah ke pangkal jalan.

6. Hiduplah kita dengan bersederhana dan jangan sesekali berlebih2an kerana dikhuatiri kita akan leka, dan ia boleh membawa kepada pembaziran.

7. Takut kepada makhluk, kita menjauhinya demi keselamatan kita tetapi takut kepada Allah wajib kita mendekatinya demi untuk mendapatkan rahmat dan perlindunganNya.

8. Apabila zina & riba berleluasa, maka kehancuran sesuatu kaum dan bangsa itu akan berlaku sama ada keruntuhan akhlak, budi pekerti dankesusilaan. Nauzibillah....

9. Jangan sesekali ada perasaan sombong dan bongkak dalam hidup kerana ia adalah sebahagian daripada isyarat kepada syaitan untuk memperdayakan kita.

10. Syaitan sangat suke kepada mereka yg suka melayan perasaan dan nafsu ammarah kerana itu adalah pintu yang paling luas untuk dia masuk menggoda.

11. Hadiah paling besar yg diterima syaitan daripada iblis adalah memecahbelahkan rumahtangga dan silaturrahim.

12. Tiada yang lebih gembira bg syaitan selain daripada dapat merosakkan sesuatu ketentuan Allah ituyg asbab daripadanya.

13. Zina itu mengakibatkan banyak wabak penyakit. Tipi dalam urusniagamenyebabkan masalah ekonomi. Tolak zakat menyebabkan kemarau panjang.

14. Dusta itu memberi ruang musuh mengambilalih kuasa dan ekonomi. Pemimpin (Imam) yang tidak mengamalkan Al-Quran menyebabkan berlaku permusuhan sesama sendiri.

15. Kecerdasan akal dan fikiran itu adalah lahir daripada cahayaiman yg menyerap di hati tetapi padamnya ia adalah kerana maksiat yg rela.

16. Maksiat itu adalah perbuatan yg tercela dan boleh menghindarkan pancaran Nur Iman dan kurniaan ilmu Laduni.

17. Allah memudahkan rezeki kepada sekalian makhluknya kecualikepada mereka yg sering melakukan maksiat.

18. Keberkatan rezeki itu disertai dengan ketenangan jiwa dan kelapangan nurani walaupun hanya sedikit tetapi mencukupi.

19. Tiada yang lebih perit dan pahit ygdirasai oleh hati dan jiwamelainkan kemaksiatan yg berterusan malah maksiat itu adalah baja bg nafsu amarah.

20. Maksiat itu boleh menggelapkan hati, jiwa dan raut wajah dari cahaya iman dan menghalang (bertangguh) dr bersegera bertaubat.

21. Kekuatan hati terpancar pada perbuatan dan zahir kehidupan namum kerana maksiat ia pudar dan melemahkan iman.

22. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 org wali dan lebih baik daripada 70 org lelaki soleh. Wanita yg jahat adalah lebih keji daripada 1000 lelaki yg keji.

23. Sebaik2 hati adalah yg hidup. Utk menghidupkan hati perlulah banyak mengingati Allah (zikir), baik dalam berdiri, duduk mahupun dalam keadaan berbaring.

24. Tidak sempurna hati yg berzikir itu andai tiada disusuli dengan amal perbuatan mengikut syariat Islam. (Fikir, amal, khidmat dan sabar)

25. Pesan org arifbillah, jadilah makmum yg baik iaitu solat berjemaah dalam keadaan duduk menunggu imam datang dgn penuh zikir dan tasbih sambil berselawat.

26. Sesunggunya solat itu mencegah perkara mungkar, walau bagaimanapun fikir dan hati harus berusaha dalam meningkatkan ilmu solat itu sendiri.

27. Jangan kita ambil mudah tentang mati tanpa iman, dan perasan akan menikmati syurga akhirnya, malah yg paling celakaadalah tidak takut akan siksa neraka.

28. Allah menyuruh kita meminta pada Dia. Jangan berasa malu untuk berharap daripada Dia walau diri dikelilingi dosa dan noda.

29. Sebaik-baik meminta kepada Allah adalah hidayah (diri, keluarga dan keturunan), keampunan dan dipermudahkan rezeki dan mati dalam iman.

30. Selesaikan sesuatu masalah itu dengan mencari puncanya bukan mencari masalahnya.

31. Berbuatlah sesuatu perkara itu dengan fikir dan zikir kerana ia akan disertakan dengan kesabaran andai dilakukan dengan penuh syukur.

32. Kehidupan ummah akan hancur lebur bila ekonomi dan kebanggaan dunia menjadi jurang perbandingan kehidupan sesama manusia.

33. Kata org arifbillah, gagal sesuatu amal itu adalah kerana perasaan sendiri yg mencengkam hati dan nurani hingga hilang pertimbangan aqal dan qolbu.

34. Tidak teguh iman kita andai kita tidak mempedulikan iman org laindan berbuat baiklah sesama manusia agar penyatuan ummah teguh dan tetap.

35. Hidup ini hanya ada 3 hari. Semlam sebagai pengalaman, hari ini untuk perancangan, dan esok hanya menati jawapan.

0 comments:

Post a Comment