Jalan Kenangan, Kampung Melayu, Johor Bahru.


Dulu masa berumur lebih kurang 10 tahun saya dan keluarga mula tinggal di rumah ini. Rumah ini merupakan rumah arwah nenek. Kami sekeluarga di amanahkan untuk menjaga rumah ini. Kami tinggal di sini hampir 8 tahun sebelum berpindah ke rumah yg kami diami sekarang.

Apa yg nak dikongsikan di sini, walaupun sudah hampir 9 tahun tidak tinggal di sana, setiap kali saya bermimpi tentang kehidupan saya yg pernah berlaku atau yg tidak pernah berlaku semuanya akan tertumpu kepada rumah ini....tidak pernah pada rumah sebelumnya atau pada rumah yg sekarang.

Pada mulanya saya tertanya-tanya mengapa begitu? Kenapa rumah itu cukup lekat pada memori saya? Then lama-lama saya terfikir, mungkin tempoh masa saya berada di sana merupakan tempoh di mana saya mula membesar dan mengenal tentang pelbagai hal2 kehidupan....kehidupan berkeluarga terutamanya, persahabtan dan hal2 kehidupan yg lain....

Banyak juga peristiwa yg menarik dan kurang menarik yg berlaku di sana....maklumlah ayah seorang yg tegas dan garang, begitu juga ibu....dan kami adik beradik pulak baru nak mengenal diri kami sendiri, baru nak mula mencuba itu dan ini, baru nak mula mencari identiti kami sendiri.

Kalau menceritakan ketegasan ayah, kesannya dapat saya rasakan sampai sekarang dan semenjak mempunyai keluarga sendiri, saya semakin faham dan berterima kasih kepada ayah atas tindakannya. Dulu mungkin saya tertanya kenapa ayah mcm gitu, kenapa ayah mcm gini, kenapa itu tak boleh, ini tak boleh....now bila dah ada anak sendiri, barulah sedar besar sebenarnya tanggungjawab menjaga amanah Allah ini. Lagipun kami majoriti perempuan, atas sbb itu ayah lebih berjaga-jaga dan tegas.

Ke mana sahaja kami pergi ayah akan menghantar, dan kalau nak keluar dgn kawan2, pelbagai soalan yg ditanya. Memang kami adik beradik lebih banyak menghabiskan masa di rumah, kami tak seperti remaja2 lain yg bebas ke sana sini. Bila berada di rumah tu pelbagai kerja2 rumah yg perlu disiapkan....kami hanya boleh memeberontak di dalam hati, kalau melawan kang kena plak. Penah saya dijirus dengan air sabun di dalam baldi kerana merendam sehelai baju ayah yg airnya saya letakkan sangat banyak utk sehelai baju....he..he...I learn my lesson after that....

Bercerita tentang rumah ini pula, rumah ini terletak dalam kawasan yg mempunyai halaman yg luas. Kawasan depan kami mempunyai sebuah pokok zaitun yg sederhana besar. Tp still boleh main panjat2 disitu. Disebelah pokok zaitun itu, kami mempunyai sebuah pondok, boleh duduk2. Bila petang2 kami bersantai disitu....kadang2 bawak makanan sekali....sambil memerhatikan atau menunggu giliran untuk bermain badminton. Kadang2 siram pokok2 yang ada.....tp yang paling leceh sekali bila tima raya....sbb rumah ini dikelilingi oleh pokok2 kecil, jd bila time raya tu kenalah bersih2kan rumput yg tumbuh, cuci longkang...uhuk..uhuk..lagilah bila buat time puasa....sungguh sadis sekali rasanya....

Dibelakang rumah, masih lagi terdapat kawasan yg luas. Boleh muat sebuah pokok durian yg tinggi, pakok rambutan dan mangga yg rendang. Time2 musim durianlah yg best. Walaupun buahnyer takdelah banyak, tp buat2 manis mulut bolehlah. Suka betul bila dengar durian runtuh.....berlari kami semua keluar nak pegi kutip. Tp alhamdulillah, setakat ni belum lg buah durian jatuh atas kepala...heheh.....Kami juga mempunyai sebuah bilik air yg luas juga yg mempunyai kolah (time kena bersihkan kolah, semua lari....) Dan sebuah stor yg besar....

Apa lagi yer...banyak sebenarnya, tp tak tau nak citer mana satu dan mana dulu....Hah, dulu pegi sekolah agama jalan kaki.....jauh sangat yg bestnyer kena lalu batang paip yg panjang. Tp saya ditemani adik....maklumlah sama umur, satu kelas plak tu. So far walaupun seram setiap kali lalu batang paip tu (seram sebab takut jatuh)...belum lagilah jatuh....pastu along the journey to school n home, ada saje kedai2 beli makanan, biasalah time2 tu suker beli benda bukan2....

Pasal frens plak, eermmm.....best sgt2, first time ada best fren, first time ada group....banyak join persembahan2 sekolah (ikut kwn2 lah ni...) main sofbol....eeee...banyak kenangan...best giler....tak tertulis pengalaman indah...and to think back, takda pengalaman pahit....Masa ni jugaklah main minat2, petsis (pet sister).....hehe kelakar masa ni....and embrassing jugak....chocolate day, apple day, sports day....hehe.....banyak giler pengalaman manis masa muda2 dulu.....

What else about the house? I guess banyak benda nak tulis, but tak pandai menulis pun....main tulis jer....anyway, miss the old times, miss my younger life

0 comments:

Post a Comment