Allah lebih tahu....

With little times and a busy schedule every day....mmg tak banyak masa utk menulis....kadang2 bukak blog pun takda idea nak menulis.....ada cerita tp takda mood nak olah......


Alhamdulillah, life has been blessed.....dengan kepayahan hidup yg pernah dirasai dan masih lagi merasai mengajar saya untuk lebih menghargai dan bersyukur dengan apa yg saya ada dan perolehi walaupun sekecil-kecilnya. Memang sebenarnya-benarnya Allah lebih tahu, bila mana kita perlukan sst dan bila mana kita tak perlukannya. Kadang2 kita berdoa bagai nak rak memohon agar Allah perkenankan doa kita......tp akhirnya apa yg dihajati tak tertunai.....hati merasa kecewa dan sedih sekali......as time goes by, walaupun melalui hari2 dgn perit, hati tetap yakin bahawa Allah Lebih Tahu.....akhirnya kenapa dan mengapa Allah tak perkenankan doa itu semakin terjawab. Persoalan demi persoalan terungkai mengapa dan mengapa.....terima kasih Allah kerana menunjukkan jalan kepada hambaMu ini yg sangat lemah dalam setiap sudut. Diri ini akan cuba sentiasa, setiap masa memperbaiki diri agar hadirnya diri ini bukanlah satu yg sia2 utk org2 yg tersayang.


Tak tergambar rasa syukur dihati atas setiap peluang yg diberi, walaupun masih merangkak-rangkak memperbaiki setiap aspek kehidupan dan diri, tanpa disedari atau ada yg memang sedar Allah banyak memudahkan jalan agar diri ini terus kuat dan cekal menuju kepada penghidupan yg lebih baik....syukur alhamdulillah.....


Few days back saya dikejutkan dengan berita kematian seorang rakan yg rapat semasa kami belajar dulu dan masih rapat sehingga masing-masing berumahtangga. Mendengar berita itu saya sangat terkilan kerana hujung minggu sebelum kematian arwah saya bercadang utk melawat arwah kerana niat utk melawatnya sudah tertunda pada hujung minggu sebelumnya dan pada minggu2 yg lepas. Bercerita ttg arwah, dia disahkan mengidap SLE (Systemic lupus erythematosus) iaitu sejenis penyakit di mana immune sistemnya menyerang tisu dan sel di dalam badan yang menyebabkan kerosakan pada tisu2 di dalam badan, selepas arwah melahirkan anak pertama.  Sejak itu arwah sering sakit dan keadaan beliau semakin teruk sepanjang 4 tahun mengharungi hidup bersama penyakit itu. Sejak tahu arwah berpenyakit, saya dan kwn2 yg lain sering melawat beliau terutamanya pada hari raya. Tetapi sejak akhir-akhir ini masing2 seolah-olah sibuk dgn urusan masing2 sehingga tidak sempat menjenguk beliau walaupun menyedari keadaan arwah semakin teruk. Bagi saya, saya tak tahu sejauh mana teruknya penyakit ini kerana ini pertama kali saya mendengar penyakit seumpama ini. Saya tak terfikir akan kematian akan berlaku utk jangka masa yg singkat.


Dulu sewaktu saya ditimpa musibah di mana anak pertama saya dilahirkan x cukup bulan, saya berasa sgt sedih. Sewaktu itu keadaan anak saya sgt kritikal sehingga 2 kali dr membuat emergency call mengatakan anak saya takda harapan utk diselamatkan. Pada masa itu x ramai rakan2 yg tahu akan hal ini. Mmg saya langsung tak terfikir utk memberitahu sesiapa. Tp sebenarnya pada masa itu saya dan suami mengharapkan sokongan ramai agar kami terus kuat hadapi cabaran tersebut. Merasakan itu saya berazam bila mengetahui rakan baik saya Izan Jaafar disahkan mengidap kanser dan juga arwah berpenyakit yg kritikal, saya ingin memberikan sokongan. Kerana saya sudah merasa bagaimana ditimpa musibah yang melibatkan hidup dan mati. Walaupun apa yg saya lakukan mungkin kecil dan hanya sekadar yg termampu sekurang-kurangnya insya Allah, saya dapat meringankan beban mereka.  Sekiranya mereka berada dalam keadaan sakit dan saya tidak dapat bersama mereka, apa yg saya boleh lakukan hanyalah berdoa agar Allah permudahkan buat mereka. 


Hari ini saya saya dikejutkan dengan berita kematian adik ipar rakan blogger yang kisahnya mendapat liputan seluruh rakyat Malaysia sejak setahun yg lalu. Keadaannya mmg amat kritikal, saya mengikuti kisah beliau sejak dari mula beliau disahkan mengidap kanser stage 4. Penghujung tahun yg lalu keadaan beliau semakin baik tp sejak akhir2 ini keadaan beliau semakin kritikal sehingga beliau akhirnya disahkan telah tiada. Apa yg menariknya ttg kisah beliau kerana beliau mempunyai suami yg sangat menyintai beliau. Menjaga beliau sehingga ke akhirnya. Beliau juga mempunyai ahli keluarga yg tidak putus2 menjaga dan berusaha dengan pelbagai cara utk mengubati beliau. Ketabahan hati mereka, usaha mereka yg tidak pernah putus dan sokongan dari org2 sekeliling yg mengenali dan tidak mengenali beliau sangat tinggi. Dan kerana itulah saya berpendapat walaupun beliau sudah berada di stage 4, beliau mampu bertahan selama setahun 2 bulan.....dengan izin Allah, sokongan dan doa yg berterusan beliau mampu bertahan.....


Sbg pengajaran kepada saya, sekiranya sesiapa yg menerima musibah seumpama itu, saya berharap saya dapat memberikan sokongan terbaik saya utk mereka agar dapat memberikan kesenangan dan harapan dan agar mereka gembira....dan yg paling penting saya semakin menghargai org2 disekeliling saya....because when they are gone, nothing can be replaced to them....dan kalo saya pula yg berada dalam keadaan begitu, sudah pastinya saya memerlukan sokongan org2 yg menyayangi saya......


Smg roh  keduanya dicucuri rahmat, mereka ditempatkan dikalangan org2 yg beriman. Mereka berdua mempunyai persamaan, masing2 meninggalkan seorang suami dan seorang anak lelaki yg masih kecil. Smg anak2 mereka ttp mendapat kasih sayang sehingga ke akhirnya.


Ya Allah, peliharalah keluargaku daripada kemungkaran, kemalasan, kerugian dan kealpaan....biarlah kami sentiasa dekat dgnMU, mendapat rahmatMU, keberkatanMU....ya Allah.....amin....
Category: , 1 comments

1 comments:

IzanJay said...

Amin ya Rabbal Alamin..

Post a Comment