Kenyataan hidup

Dulu macam pernah terbaca in somewhere yang saya ni orang yang sukar menerima kenyataan dan saya perlu belajar untuk menerima kenyataan. Sekarang saya realize memang betul keadaan itu....saya sukar terima kenyataan atas apa yang telah berlaku kepada saya. Buktinya, benda yang berlaku setahun yang lalu masih saya kenang, masih lagi saya bersedih, masih lagi saya membenci, masih lagi saya sangat2 beremosi.

For goodness sake, tak elok saya begitu. Kerana ianya hanya akan lebih merosakkan keadaan. Merosakkan lagi apa yang cuba diperbaiki dan diperbetulkan. Tapi saya tak minta perassan ini menyelubungi diri, ia hadir dan sesungguhnya saya cuba elakkan, saya cuba untuk tidak fikir, saya cuba untuk menepis dan menghalang. Saya bertanya pada diri kenapa perlu meningati benda yang sudah lepas, kenapa perlu dikenang? Jawapannya, mungkin saya tidak redha takdir yang menimpa diri, saya tak boleh terima apa yang berlaku....

Kenapa sukar sangat untuk terima kenyataan hidup? Ada manusia yang lebih sukar kenyataan hidupnya...selagi masih lagi bersedih dan mengenang, selagi itu saya tak boleh move on. Saya masih lagi diri saya yang lemah dan masih tidak berubah....Something must be done supaya saya lebih positive dan teruskan hidup dengan lebih baik lagi....semoga Allah memberikan petunjuk dan hidayah dan memberikan kekuatan agar saya memang boleh berubah dan saya adalah manusia HEBAT!
Category: 0 comments

Jika dua hati mengingati yang SATU, pasti mudah keduanya bersatu....

Beberapa bait petikan diambil daripada Genta Rasa:

Jika dua hati mengingati yang SATU, pasti mudah keduanya bersatu. Begitulah dua hati suami dan isteri, akan mudah bersatu bila iman di dalam diri masing-masing sentiasa disuburkan.Bukan tidak pernah terguris. Bukan tidak pernah bertelagah. Tetapi jika di hati sama-sama masih ada ALLAH, perdamaian akan mudah menjelma semula. Yang bersalah mudah meminta maaf. Yang benar mudah memberi maaf. Tidak ada dendam memanjang. Masam cuma sebentar. Pahit hanya sedikit.

Jika ditanyakan kepada dua hati yang bercinta, siapakah yang lebih cinta pasangannya? Maka jawabnya, siapa yang lebih cintakan Allah, dialah yang lebih cintakan pasangannya. Justeru, janganlah hendaknya hanya berfikir bagaimana hendak mengekalkan cinta antara kita berdua, tetapi berusahalah terlebih dahulu agar mencintai kepada yang Esa.

Jika kita bersama cintakan yang Maha Kekal, pasti cinta kita akan berkekalan.Jika paku boleh berkarat, simen boleh retak, maka begitulah iman, boleh menaik dan menurun. Iman itu ada “virusnya”. Virus iman ialah ego (takbur). Jangan ada takbur, cinta pasti hancur. Orang takbur merasa dirinya lebih mulia, pasangannya lebih hina. Jika demikian, manakah ada cinta? Cinta itu ibarat dua tangan yang saling bersentuhan. Tidak ada tangan yang lebih bersih. Dengan bersentuhan, keduanya saling membersihkan. Tetapi ‘tangan’ yang ego, tidak mahu bersentuhan… Konon takut dikotorkan oleh tangan yang lain!

Alhasil, cuaca rumah tangga menjadi muram. Rumah hanya jadi ‘house’ tidak jadi ‘home’ lagi. Tidak ada keceriaan, kehidupan dan kemanisannya lagi. Semuanya bungkam. Ya, rumah (house) dibina dengan batu, kayu dan konkrit, manakala rumah tangga (home) dibina dengan kasih sayang, cinta dan sikap saling menghormati. Tidak ada rindu yang menanti suami ketika pulang dari bekerja. Tidak ada kasih yang hendak dicurahkan oleh suami kepada isteri yang menanti di rumah. Anak-anak jadi kehairanan? Apa sudah jadi pada kedua ibu-bapa ku?

Bila ada ego di hati, cinta akan menjauh pergi. Retak akan menjadi belah. Kekadang hati keduanya merintih, mengapa jadi begini? Bukankah antara aku dan dia ada cinta? Mengapa terasa semakin jarak? Apakah yang perlu aku dan dia lakukan untuk menyemarakkan semula rasa cinta. Lalu akal berfikir, berputar-putar mencari idea. Oh, mari ulangi musim bulan madu yang lalu. Kita susuri pulau, tasik, laut atau lokasi pertemuan kita nan dulu.
Bila terasa bersalah, jangan malu mengaku salah. Segeranya mengakuinya dan hulurkan kata meminta maaf. Ular yang menyusur akar tidak akan hilang bisanya. Begitulah suami yang meminta maaf kepada isterinya. Dia tidak akan hilang kewibawaannya bahkan bertambah tinggi. Bukankah orang yang merendahkan diri akan ditinggikan Allah derjat dan martabatnya? Justeru, lunturkan ego diri dengan membiasakan diri meminta maaf. Tidak kira ketika kita rasa kita benar, lebih-lebih lagi apabila terasa kita yang bersalah.
Namun, lelaki yang tewas ialah lelaki yang sukar mengaku salah. Dia sentiasa tidak ingin mengalah. Pada ketika itu dia telah memiliki salah satu dari tiga ciri takbur yakni menolak kebenaran. Akuilah kebenaran walaupun kebenaran itu berada di pihak isteri. Tunduk kepada kebenaran ertinya tunduk kepada Allah. Jangan bimbang takut-takut dikatakan orang takutkan isteri. Kita takutkan Allah. Allah benci orang yang takbur.

Begitu juga isteri. Jika sudah terbukti salah, akui sahajalah. Dalam pertelagahan antara suami dan isteri, apakah penting siapa yang menang, siapa yang kalah? Kita berada di dalam gelanggang rumah tangga bukan berada di ruang mahkamah. Kesalahan suami adalah kesalahan kita juga dan begitulah sebaliknya. Rumah tangga wadah untuk berkongsi segala. Perkahwinan satu perkongsian, bukan satu persaingan. Kalau kita menang pun apa gunanya? Padahal, kita akan terus hidup bersama, tidur sebantal, berteduh di bawah bumbung yang sama.

Mujahadahlah sekuat-kuatnya menentang ego. Bisikan selalu di hati, Allah cintakan orang yang merendah diri. Allah benci orang yang tinggi diri. Pandanglah pasangan kita sebagai sahabat yang paling rapat. Kita dan dia hakikatnya satu. Ya, hati kita masih dua, tetapi dengan iman ia menjadi satu. Bukan satu dari segi bilangannya, tetapi satu dari segi rasa. Sebab itu sering diungkapkan, antara makhluk dengan makhluk mesti ada Khalik yang menyatukan. Ingat, hanya dengan iman, takbur akan luntur, cinta akan subur!

Template!

Wah sungguh menyusahkan bila template yg dah dipilih hilang or under construction. Dah lah setiap kali pilih template, banyak setting yg kena ubah, kena buang or edit. Eeeermmmm.....hari tu dah elok2 setting baik2, tetiba template hilang. Kena cari template baru. Nak pilih pun satu hal jugak....dah pilih nak kena setting macam2....dah setting rasa tak cantik ubah lagi.....arggghh! Menci! Marah???? Takdelah marah cuma hangit sikit jer....hehe!
Category: 0 comments

Amarah @ Marah?


“Tiada hamba yang meneguk air lalu mendapat ganjaran lebih besar di sisi Allah daripada hamba yang meneguk air menahan kemarahan kerana Allah.” (Hadis riwayat Ibn Majah)

“Bukankah orang gagah itu, orang kuat bertinju. Akan tetapi orang yang gagah adalah orang yang dapat mengawal diri ketika marah.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Kedua2 sabda Rasulullah ini menunjukkan betapa sifat amarah atau marah ini bukanlah satu sifat yang baik malah harus dijauhkan. Kenapa terpanggil untuk menulis tentangnya? Kerana ini adalah salah satu sifat yg sangat kritikal yg saya miliki yg mesti diperbaiki atau dihapuskan sama sekali. Sebenarnya saya pun tidak pasti kenapa dan bagaimana  ianya menjadi satu sifat yg sangat kritikal yg wujud dalam diri saya dengan ketara sekali.

Memang setiap manusia mempunyai sifat marah, tp dalam diri saya ianya sudah menjadi penyakit yg harus diubati. Seingat saya dulu, saya tak begini. Tapi bila difikirkan balik, ditimbal dan dinilai bagaimana sifat ini telah penjadi penyakit dalam diri sehingga memakan diri, saya mendapat jawapan bahawa tanpa saya sedari tekanan dan cabaran yang saya hadapi yg tak berkesudahan telah menjadikan wujudnya sifat itu sehinggakan ianya menyusahkan.

Saya ada terbaca, sifat ini mencerminkan jiwa yang tidak tenteram dan ianya amat disukai oleh syaitan. Dan memang betul jiwa saya belum lagi tenteram. Even perkara yg kecil pun saya boleh jd marah yg amat sangat. Bila marah, saya menjadi lupa diri, saya tak dapat berfikir dengan waras dan hanya mementingkan diri sendiri.

Tapi alhamdulillah, kini saya sudah sedar. Kemarahan tidak membawa apa2 kebaikan malah lebih merosakkan. Oleh itu saya sesungguhnya sedang berusaha untuk menjadi lebih tenang dan lemah lembut seperti yg dituntut oleh agama kita dalam menghadapi apa2 jua situasi.

Saya kena perlu lebih banyak beristigfar, berzikir dan semoga saya berjaya. Saya nak muka saya lebih tenang, lebih manis dan lebih cantik....ekekeke!
Category: 0 comments

Bila ULTRAMEN lebih best!

Hehe....last weekend kami sekeluarga plan untuk keluar mencari barang. Kami plan nak ke Mid Valley. Seperti biasa setelah "menyelesaikan urusan rumah" barulah kami keluar. Lagipun rasa tak senang kalau jenjalan dalam keadaan rumah tak settle. And kalau hujung minggu memang turn Haziq utnuk tengok Astro Ceria. Biasalah budak2, walaupun dah berulang kali tengok cerita yang sama, ianya tetap menarik untuk ditonton....

Bila dah siap2 nak keluar rumah, boleh plak ada movie ultramen. Herrrmmmm.....Haziq kalau dah cerita ultramen memanglah excited! Dengan dia2 sekali mcm ultramen kat depan TV.

Ayah: Jom haziq....cepat pakai kasut....nanti kalau lambat hujan....
Haziq: Ala...kita tak tgk citer ultramen....kita belum tgk lagi...(ayat biasa dia walaupun dah tgk banyak kali....)
Ayah: Kan dah tgk citer tu, esok pun boleh tgk lagi....
Haziq: Ala....kita nak pegi mana?
Ayah: Mid Valley
Haziq: Nak buat apa kat MId Valley?
Ayah: Makan, beli barang, jalan2....
Haziq: Ala....kita tgk dululah citer ultramen.....

Malas nak melayan kerenah Haziq yg banyak tanya dan sukar dipujuk, kami cuba bermain psikologi dengannya....

Ayah: Oklah, Haziq tgk ultramen, mama ngan ayah ngan adik2 pegi Mid Valley....
Haziq: Ala....kita nak ikut, tunggulah dulu....
Ayah: Nanti hujan, haziq jaga rumah, kalau ada org jahat jgn bukak pintu tau....
Tanpa disangka2 Haziq kata OK!

Wahhhhhh!....Terperanjat kami....kelakar pun ada, mcm tak caya pun ada....hehe...Ayahnyer terus kunci pintu. Dia langsung tak hiraukan kami. Memula Kami tunggu juga few seconds, manalah tau dia kata nak ikut. Tunggu punya tunggu dr luar, dia buat dunno aje. Oklah kami naik kete, tunggu jap dalam kete. Call telefon rumah, tanya lagi dia nak ikut ke tak....and dia kata TAK NAK....Geram betul kami, tak heran dia kami tinggalakan dia sorang2 kat umah....serba salah juga. Nak tinggal tak boleh, nak pujuk, tak terlayan dengan kerenahnya. Habis program kami hari tu tertunda dek Haziq lebih pentingkan ultramen. Then we all pun just go to nearby stall to eat but still waiting for him....


Almost 2 hours jugak tunggu (because its a movie) Dah call banyak kali, dia still refuse to follow us. Then kami dah tak larat nak tunggu, saya kata pada ayah dia, Haziq nak tak nak just drag him if its a must or promise him anything just to make him follow us....Nak dijadikan cerita, by the time ayah dia masuk umah cerita ulrtamen pun habis......senyum kambing dia, puas hati dapat tgk....pastu dpt ikut.....

Then dia lapar...hehe....saya just cakap kat dia hah, tulah td tak nak ikut, kan dah lapar...mama n ayah semua dah makan.....muka dia sedey jer.....few hours lepas tu barulah belikan dia roti....makan mcm apa mmg kebulur betul....I guess he learn his lesson....sbb esoknyer, same situation happened...when I asked him to switch off the TV, he straight away off the TV and ready to follow us! Yeay!

Temptations!

Huarrrggghh!!!!....Yes, 44 days is over but I've made a promised to myself that I will continue to 'berpantang' from cold foods n drinks....why? Because this is the 3rd child, and it is said that the more babies you have, you really have to take care of your health more strictly....so, I try very hard not to take any cold foods and drinks and to eat healthy foods and to eat less so that I could lose my weight up to 14 kg!!!!

Yes! I need to lose that amount so that I will get to my ideal weight....since the 1st child, I never manage to get to my ideal weight....hehe....so this time what possibility do I have? More exercise? (Dont I get enough exercise with my 3 kids?) Less foods? More slimming pills or drinks? Hehe....all that never work out for me....sbb malas, buat separuh jalan....tp berangan nak kurus!



But the temptation to eat those cold drinks, ice creams etc....are getting me nuts! Nampak sangat tak kuat iman....curi2 makan bley? Each of my pregnancy I dont gain much, but my main problem is always at the tummy. Hurrrrmmmmm....mcm mana situ plak yg boleh membesar lebey? Now looks like I'm still pregnant! How annoying is that? Sedey...sedey...Fightin! fightin!
Category: 0 comments