Whats in the name?

  


HAZIQ IQBAL
Haziq: Yang cerdik pandai
Iqbal: Kejayaan
DOB: 3 April 2005 (Sunday) = 22 Safar 1426
@32 weeks (Premature)
@1.15pm
@Selayang Hospital
Elements: Earth
Stars Sign: Aries







 
  

HARRIS ISYRAF
Harris: Pelindung
Isyraf: Persendirian
DOB: 4 November 2008 (Tuesday) = 5 Zulkaedah 1429
@37 weeks
@9.00am
@HUKM
Elements: Water
Stars Sign: Scorpio




 



HADIF IFFAT
Hadif: Yang mempunyai matlamat
Iffat: Kehormatan diri
DOB: 2 June 2010 (Wednesday) = 19 Jamadil Akhir 1431
@38 weeks
@9.20am
@HUKM
Elements: Water
Stars Sign: Gemini

Emotionally inbalance....

These few days tak tau nape asyik ingat benda2 lama. Dahlah badan semakin sakit2....these few days plak asyik nak pitam......why cant I put all the bad things behind and starts a fresh new life???? Why must the things still hanging in my thoughts???? Am I thinking negative? Aarghh....

Miss my baby....
Category: 0 comments

Life's changed!

Not totally changed but changed here and there....what I mean is after having this 3rd child, our daily routine changed, more things to do, more work, more body aching, less time to rest, less time to watch TV....hehe!

Tp yang nyata daily aktivi tu memang bertambah responsibility, kena alert banyak perkara, kena rancang dgn lebih terperinci. Mcm biasa baby baru lahir akan mempunyai waktu tidur yg tak tetap and of course akan banyak kali menyusu, so saya akan tidur awal setiap malam sbb akan bangun dalam pukul 1, pukul 3 and pukul 5. Bila dah bangun pukul 5 tu, mmglah tak tidur balik sbb akan bangun siap2kan apa2 yg perlu utk hari itu i.e. baju2 anak2, susu, and keperluan2 lain utk dibawa ke nursery. Hubby pun sama2 siap2kan itu ini. Dulu boleh bangun lewat sket, skrg nak tak nak kena bangun awal.

Balik rumah biasanya around 7pm or 8pm....masing2 dah letih....melayan lagi kerenah anak2 yang macam2....kadang baik, kadang nakal. Kadang abangnya buat perangai, adiknya baik.....kadang adiknya nakal, abangnya ok....kadang2 dua2 pun nakal....wah! pening kami berdua. Saya of courselah lebih tertumpu pada si baby, ayahnyerlah kena handle abang2 yg dua tu.

Talking about those 3 kids, Haziq masih dengan perangainyer yg mengada-nganda dan semakin tak mendengar kata. Kadang2 dia menunjukkan kecemburuan terhadap adik2nyer yg lain esp Harris. Buntu juga memikirkan apakah cara utk 'berkomunikasi' dengannyer supaya lebih mendengar kata2 dan nasihat kami. Kalau keadaan dah tak terkawal terpaksa kami menggunakan kekerasan. Tp bila dah keras mcm tu, lagi keraslah dia jadi....letih juga melayan kerenahnya yg ingin dibelai seperti bayi juga....Just hope n pray that he will change to be a good kid and a good bro. Mungkin, like my father always reminded us, premature baby is always like that....kena banyak sabar dan kena pandai cari cara nak handle dia. Risau juga, sbb kami hanyalah manusia biasa, dalam keadaan daily routine yg memenatkan, kami takut tak dapat didik dia dgn baik....

Harris pula, semakin aftif dan lasak. Ada lah beberapa perkataan yang dia dah boleh sebut dan semakin bijak mengikut apa2 sahaja yang kami sebut. Yang ni pun merengek boleh tahan. Tp so far so good, at this age he is building up his character, and mmglah kena tahan kenakalannya, baru nak mengenal banyak benda dan banyak benda yg ingin dicuba dan dirasa....most of the time kami terhibur melihatkan keletahnya....

Hadif, alhamdulillah berat badan bertambah 1kg lagi. Selsema dah berkurangan. Semakin kuat menyusu. Kadang kala tu kesian juga sbb kami berdua keletihan nak berinteraksi dengannya. Tp cuba juga cari masa....belum lg nampak dia tersenyum ke arah kami. Ada juga dia tersenyum but tak pasti tersenyum sbb apa....alamak windu plak kat dia sekarang....hehe....



As for hubby, hope he is coping up well with our new routine. Can see that he is tired too, plus more works at the office....we watch Eclipse yesterday! Yeay! Yesterday was supposed Hadif and Harris clinic day, but we took the opportunity to watch the movie before bringing them to the clinic. Nasib baik sempat, sbb movie starts at 11.45am, so after the movie we rushed to take them from nursery and when we reached at the clinic, luckily not many people there and we managed to settle things at clinic on time....

Review on Eclipse movie....BEST! This time banyak scene yg bermain dgn emosi, more kissing tapi yg bestnyer their LOVE feeling tu very strong!

My hope

Hari ni received package yang saya pesan. Bukan senang saya nak buat pesanan online....apatah lagi kalau barang yg hendak dibeli itu takdalah penting sangat or tahap keyakinan ttg online store kureng sket. Tapi package ni mmg takda ragu2, bila di offer tanpa berlengah masa terus saya order dan bayar. Heheh....jeng,,jeng..jeng...apa yer?...."Things you cant miss"



Yup! These 3 books....bila dapat peluang beli buku ni dengan harga yg murah sket, so saya tak lepaskan peluang dan yang paling penting bila beli buku2 ni saya berpeluang menghadiri seminar yang saya 'termiss' dulu.....7 Habits of Highliy Effective People! Wah mmg nak sangat pegi seminar ni....sbb ianya sangat2 memotivasikan diri....(saya mmg perlu dimotivasikan...hehe!) These 3 books are:
1. The Leader in Me-Untuk mendidik anak2 dengan berkesan
2. Predictable Results in Unpredictable Times-For business
3. Great Work Great Career-For Career

So, apa kaitannya dengan tajuk "My Hope"? Harapan saya, saya dapat belajar banyak perkara daripada ketiga2 buku ini dan juga seminar yang akan saya hadiri secara percuma yang berharga RM 2K plus (somewhere next year). Last but not least saya berharap saya dapat berjumpa dont know what to call, but I can say one of my motivater....(haraplah dapat jumpa masa seminar tu nanti and borak lama2....hehe!)

Eeeerrmmm, nak baca mana dulu ni???? Maybe The Leader in Me....
Category: 0 comments

Delivered!

Alhamdulillah segalanya berjalan lancar....Kini saya sudahpun melahirkan bayi lelaki yang ketiga! Wow! Macam tak percaya....bukan sbb tak percaya sudah bersalin tp macam tak percaya anak kini sudah 3! Hari ni hero baru yang diberi nama HADIF IFFAT sudah masuk 28 hari....so far so good, cuma biasalah saya keletihan menyusukan dan menempuhi tempoh berpantang yg agak mencabar....

Saya mengucapkan syukur ke hadrat Illahi kerana kerisauan saya tentang banyak perkara semasa dan selepas bersalin dipermudahkan oleh-Nya. Pertamanya saya risau jika saya merasa hendak bersalin ketika saya di ofis, nanti menyusahkan orang plak nak menghantarnya, dahlah ofisnyer jauh daripada hospital. Ada hospital yg terdekat tp tak suka kalau tempat yg tak biasa, susah sket nak pergi. Kena plak ada mcm2 cerita2 negatif ttgnya. Keduanya saya bimbang kalau saya nak bersalin sewaktu bersama anak2 dirumah, contohnya tgh malam ke, selepas pulang daripada ofis ke.....sebab jika keadaan itu berlaku, mana nak letak 2 hero lagi tu. Dahlah mereka ni jarang dgn sesiapa, cuma nurserynyer sahaja. Lagipun kami takda sesiapa yg terdekat pun nak diminta tolong....Saya mohon sangat pada Allah agar saya merasa sakit2 awal pagi, jadi kami dapat hantar anak2 ke nursery, kemudian suami boleh menghantar saya ke hospital dan tunggu tanpa perlu risaukan 2 hero lagi itu. Dan, alhamdulillah permintaan dimakbulkan.

Pada awal pagi 2 June 2010, saya merasa sakit yang amat sangat. Saya pasti itu adalah tanda contraction sedang berlaku dan saya yakin saya akan bersalin hari ini juga. Bangun pagi sempat mandi2, siapkan anak2 dan saya meminta suami menghantar saya dahulu untuk ke hospital dan dia menghantar anak2 ke nursery. Memang ikut pengalaman terdahulu, kalau dah rasa sakit saya perlu segera ke hospital kerana saya jenis yg cepat dan senang bersalin (lagi kesyukuran saya pada-Nya). Semasa saya hendak dimasukkan ke wad terlebih dahulu, suami sampai setelah menghantar anak2. Lega saya melihatnya....dalam keadaan yg sakit seperti itu, memanglah kita mengharapkan suami di sisi. Lagipun semasa contraction berlaku, saya mmg akan menangis....berjurai2 air mata....lebih kerap contraction berlaku, lebih keraplah air mata ni meleleh. Suami sentiasa mengingatkan saya agar berselawat, fikir positif dan jangan takut. He said I would made it, just be strong.....

Apabila sudah berada di labour room, keadaan saya of courselah semakin sakit.Saya nampak tak putus-puts suami juga berdoa dan membaca ayat2. Saya amat berterima kasih padanya dan berterima kasih pada moment itu kerana suami berada disamping saya ketika itu. Saya sempat memohon maaf padanya atas segala kesalahan dan dosa saya padanya selama ini. Dan akhirnya, saya selamat melahirkan seorang lagi bayi lelaki seberat 3.11kg tepat pada pukul 9.20 pagi....Keluar saja 3rd hero daripada perut, saya mengucapkan syukur pada-Nya, suami juga bersyukur kerana saya selamat. Alhamdulillah saya tidak mengalami sebarang komplikasi dan baby juga dalam keadaan baik.

Selesai segala proses di labour room, saya dihantar ke wad untuk berehat bersama baby....di sebelah katil saya, saya berkenalan dengan NorHuda, dia sedang menunggu untuk bersalin. Awal perkenalan kami tak berborak panjang. Kerana saya waktu itu masih lagi kepenatan dan kesakitan selepas bersalin. Saya berehat dan tido. Apabila saya bangun saya lihat NorHuda tiada dikatilnya. Selang beberapa minit saya nampak dia dibawa oleh jururawat bersama babynya. Alhamdulillah, dia telah selamat melahirkan anak perempuan. Apabila dia sudah rileks dikatilnya, kami berbual2....kali ini perbualan agak panjang. Dia menceritakan pengalaman bersalin anak pertamanya. Dan tanpa disangka anak pertamanya itu sudahpun meninggal setahun yg lalu akibat tersedak susu dinursery. Saya kata padanya saya tidak sangka saya mendengar cerita yg nyata dan bukan terbaca di suratkhabar. Tiba2 NorHuda bertanyakan kepada saya adakah sakit selepas bersalin normal seperti ini? (anak pertamanya lahir dengan pembedahan) Saya tidak pasti seperti ini itu seperti mcm mana? Sebab lepas bersalin mmglah sakit, tp dia kata sakit sangat sampai tidak boleh duduk. Saya tak pasti mcm mana hendak terangkan padanya kerana setiap individu mungkin mengalami sakit yg berbeza2 walaupun basically ia adalah sama, tp saya takdalah sampai tak boleh duduk. Saya menyuruhnya bersabar, kerana ini adalah pengalaman pertamanya bersalin normal....

Masa berlalu, dia kelihatan semakin lemah, mengadu yg sakitnya semakin teruk dan terlalu banyak pendarahan. Saya menyuruhnya untuk merujuk pada Dr, dan apabila diperiksa dia sedang mengalami tumpah darah yg teruk, dia mungkin terkena infection. Dr membuat pemeriksaan dikatilnya, sambil saya mendengar dia menjerit kesakitan. Sedih saya mendengarnya, apatah lagi saya tidak dapat berbuat apa2, mengenangkan lagi cerita ttg anak pertamanya yg sudah tiada. Akhirnya saya tertido dan apabila bangun, saya lihat dia sudah tidak ada dikatil....rupa2nya dia telah dibawa ke ICU. Saya tidak pasti apa yg berlaku padanya dan terkilan sebab tidak dapat berjumpa dengannya sebelum saya pulang. Saya berharap dia sihat dan selamat. Sehingga ke hari ini saya masih lagi ingat padanya. Kejadian ini menambahkan kesedaran dan kesyukuran saya pada yang-Nya kerana saya selamat dan berada dalam keadaan baik.

Kali ini mmg tempoh berpantang saya agak mencabar, malas nak elaborate di sini....tp saya bersyukur dalam keadaan yg sukar ini, ramai insan2 yang sangat prihatin dan mengambil berat. Juga keadaan yg sukar ini dipermudahkan oleh-Nya dengan beberapa kesenangan yang menjadi kerisauan saya sebelum ini. Alhamdulillah, syukur pada-Mu Ya Allah. Terima kasih yang tak terhingga kepada suami kerana menjaga saya dengan baik! Kepada keluarga yg cukup prihatin dan selalu risaukan saya, kepada kawan2 dan saudara mara terima kasih! Kepada individu2, juga sgt2 terima kasih! Terima kasih kerana prihatin, memahami dan mengambil berat!

Kata-kata hikmah

1. Perlu ada pada seseorang suami itu sifat ketua, guru, teman dan sahabat kepada isterinya. Wajib bagi suami mengasihi isterinya sebagaimana cintanya isteri kepadanya.

2. Kepada si isteri, wajib dikasihi. Anak, disayangi. Harta benda, pangkat dan darjat disukai. Kepada Allah dan Rasul wajib dicintai.

3. Peliharalah keluarga sebagaimana kita memelihara maruah diri kerana mereka itu adalah dalil amanah kita kepada yg Esa.

4. Jangan sangka diri sudah ada pada golongan ahli sunnah waljamaah sedangkan amal, hati, jiwa & akal masih penuh dengan keseronokan dunia.

5. Orang yg berputus asa dari rahmat, rahman dan rahim Allah, jelas akan kekufurannya. Terasa sesat dihujung jalan, kembalilah ke pangkal jalan.

6. Hiduplah kita dengan bersederhana dan jangan sesekali berlebih2an kerana dikhuatiri kita akan leka, dan ia boleh membawa kepada pembaziran.

7. Takut kepada makhluk, kita menjauhinya demi keselamatan kita tetapi takut kepada Allah wajib kita mendekatinya demi untuk mendapatkan rahmat dan perlindunganNya.

8. Apabila zina & riba berleluasa, maka kehancuran sesuatu kaum dan bangsa itu akan berlaku sama ada keruntuhan akhlak, budi pekerti dankesusilaan. Nauzibillah....

9. Jangan sesekali ada perasaan sombong dan bongkak dalam hidup kerana ia adalah sebahagian daripada isyarat kepada syaitan untuk memperdayakan kita.

10. Syaitan sangat suke kepada mereka yg suka melayan perasaan dan nafsu ammarah kerana itu adalah pintu yang paling luas untuk dia masuk menggoda.

11. Hadiah paling besar yg diterima syaitan daripada iblis adalah memecahbelahkan rumahtangga dan silaturrahim.

12. Tiada yang lebih gembira bg syaitan selain daripada dapat merosakkan sesuatu ketentuan Allah ituyg asbab daripadanya.

13. Zina itu mengakibatkan banyak wabak penyakit. Tipi dalam urusniagamenyebabkan masalah ekonomi. Tolak zakat menyebabkan kemarau panjang.

14. Dusta itu memberi ruang musuh mengambilalih kuasa dan ekonomi. Pemimpin (Imam) yang tidak mengamalkan Al-Quran menyebabkan berlaku permusuhan sesama sendiri.

15. Kecerdasan akal dan fikiran itu adalah lahir daripada cahayaiman yg menyerap di hati tetapi padamnya ia adalah kerana maksiat yg rela.

16. Maksiat itu adalah perbuatan yg tercela dan boleh menghindarkan pancaran Nur Iman dan kurniaan ilmu Laduni.

17. Allah memudahkan rezeki kepada sekalian makhluknya kecualikepada mereka yg sering melakukan maksiat.

18. Keberkatan rezeki itu disertai dengan ketenangan jiwa dan kelapangan nurani walaupun hanya sedikit tetapi mencukupi.

19. Tiada yang lebih perit dan pahit ygdirasai oleh hati dan jiwamelainkan kemaksiatan yg berterusan malah maksiat itu adalah baja bg nafsu amarah.

20. Maksiat itu boleh menggelapkan hati, jiwa dan raut wajah dari cahaya iman dan menghalang (bertangguh) dr bersegera bertaubat.

21. Kekuatan hati terpancar pada perbuatan dan zahir kehidupan namum kerana maksiat ia pudar dan melemahkan iman.

22. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 org wali dan lebih baik daripada 70 org lelaki soleh. Wanita yg jahat adalah lebih keji daripada 1000 lelaki yg keji.

23. Sebaik2 hati adalah yg hidup. Utk menghidupkan hati perlulah banyak mengingati Allah (zikir), baik dalam berdiri, duduk mahupun dalam keadaan berbaring.

24. Tidak sempurna hati yg berzikir itu andai tiada disusuli dengan amal perbuatan mengikut syariat Islam. (Fikir, amal, khidmat dan sabar)

25. Pesan org arifbillah, jadilah makmum yg baik iaitu solat berjemaah dalam keadaan duduk menunggu imam datang dgn penuh zikir dan tasbih sambil berselawat.

26. Sesunggunya solat itu mencegah perkara mungkar, walau bagaimanapun fikir dan hati harus berusaha dalam meningkatkan ilmu solat itu sendiri.

27. Jangan kita ambil mudah tentang mati tanpa iman, dan perasan akan menikmati syurga akhirnya, malah yg paling celakaadalah tidak takut akan siksa neraka.

28. Allah menyuruh kita meminta pada Dia. Jangan berasa malu untuk berharap daripada Dia walau diri dikelilingi dosa dan noda.

29. Sebaik-baik meminta kepada Allah adalah hidayah (diri, keluarga dan keturunan), keampunan dan dipermudahkan rezeki dan mati dalam iman.

30. Selesaikan sesuatu masalah itu dengan mencari puncanya bukan mencari masalahnya.

31. Berbuatlah sesuatu perkara itu dengan fikir dan zikir kerana ia akan disertakan dengan kesabaran andai dilakukan dengan penuh syukur.

32. Kehidupan ummah akan hancur lebur bila ekonomi dan kebanggaan dunia menjadi jurang perbandingan kehidupan sesama manusia.

33. Kata org arifbillah, gagal sesuatu amal itu adalah kerana perasaan sendiri yg mencengkam hati dan nurani hingga hilang pertimbangan aqal dan qolbu.

34. Tidak teguh iman kita andai kita tidak mempedulikan iman org laindan berbuat baiklah sesama manusia agar penyatuan ummah teguh dan tetap.

35. Hidup ini hanya ada 3 hari. Semlam sebagai pengalaman, hari ini untuk perancangan, dan esok hanya menati jawapan.