No more cyst!


Alhamdulillah, my 2nd checkups shows that my cyst is gone....hopefully it is truly gone....mana tau dia sembunyi ke, sbb baby dah besar kan, dia tersorok ke....but so far yang Dr scan, memang dah tak nampak dah....Alhamdulillah, syukur sangat....

Talking about this pregnancy, I always fear during delivery. Last time during Harris, I got this some sign that makes me think this is it, its time to deliver. I also not sure how did I know that was the sign, but I just know....and its true....I did deliver on that day....hehe....

This time, deep inside me, I still have the fear....sometimes I was just thinking, what if I couldnt make it? What if something goes wrong? Really scares me....I'm afraid that I didnt have the oppurtunity to ask for forgiveness from parents, husband, families and frens....and of course from my 2 heart and souls (or maybe 3)....apa2 pun boleh berlaku, sebab kuasa Allah kita tak tahu, tak tahu apa yg dah ditentukan untuk kita....if something goes wrong, my only hope is to be with my love ones for the last time....hug them for the last time....

When I told hubby about my fear, he always says that I was thinking too much, am I? Fikir banyak pun ya jugak tp rasanya just nak bersedia, just in case things like that happened, how?

Now things overall about my life arent goin too well, but I can says that....bolehlah....afterall nak bangun dari kejatuhan demi kejatuhan bukannya senang....masih lagi mencari, masih lagi tercari2, masih lagi berusaha memperbaiki keadaan dan memperbetulkan situasi....sometimes mcm terfikir juga berdosa sangat ke, sampai mcm takda ruang untuk bernafas....tp bila difikir2 balik, things arent too bad....is just that mcm mana kita menerima sesuatu perkara itu dan mcm mana kita mengatasi sesuatu perkara itu....itulah ukuran diri kita yang sebenar....

Walaupun mungkin permasalahan yg dihadapi mungkin tak seteruk sesetengah manusia di luar sana, tp semakin banyak yang dihadapi semakin sedar akan kekurangan diri, semakin sedar akan kesilapan2 yang dilakukan selama ini, semakin sedar akan perkara2 penting yang diabaikan, semakin sedar bahawa dunia ini hanya pinjaman, semakin sedar apa yg menjadi milik kita tak semestinya akan terus kekal menjadi milik kita, semakin sedar bahawa jatuh bangun diri kita adalah 100% berpunca daripada kita, dan semakin sedar bahawa ALLAH MAHA BERKUASA, MAHA MENENTUKAN DAN MAHA MENGETAHUI.

Kadang2 sesetengah perkara itu diluar kawalan kita, kadangkala kita berusaha bersungguh tp ianya seakan sia2, diri ini tertanya2 mengapa perlu begitu? Masih2 tercari2 rahsia disebalik kejadian, masih tercari2 hikmah yang ingin ditunjukkan....

I just hope that whatever the obstacles I've to go through, I'm still standing strong and go through it dengan cara yang betul....tidak mengalah dan tidak menjadi lemah dan putus harapan....semoga Allah sentiasa memberikan petunjuk dan hidayah dan kekuatan jiwa dan minda....insya Allah....

I believe hidup ini ada pasang dan surutnya, maybe untuk beberapa tahun ini adalah keadaan surut yang perlu dilalui, so.....pasti akan ada pasangnya nanti.....ALLAH ITU MAHA ADIL KAN?

Jalan Kenangan, Kampung Melayu, Johor Bahru.


Dulu masa berumur lebih kurang 10 tahun saya dan keluarga mula tinggal di rumah ini. Rumah ini merupakan rumah arwah nenek. Kami sekeluarga di amanahkan untuk menjaga rumah ini. Kami tinggal di sini hampir 8 tahun sebelum berpindah ke rumah yg kami diami sekarang.

Apa yg nak dikongsikan di sini, walaupun sudah hampir 9 tahun tidak tinggal di sana, setiap kali saya bermimpi tentang kehidupan saya yg pernah berlaku atau yg tidak pernah berlaku semuanya akan tertumpu kepada rumah ini....tidak pernah pada rumah sebelumnya atau pada rumah yg sekarang.

Pada mulanya saya tertanya-tanya mengapa begitu? Kenapa rumah itu cukup lekat pada memori saya? Then lama-lama saya terfikir, mungkin tempoh masa saya berada di sana merupakan tempoh di mana saya mula membesar dan mengenal tentang pelbagai hal2 kehidupan....kehidupan berkeluarga terutamanya, persahabtan dan hal2 kehidupan yg lain....

Banyak juga peristiwa yg menarik dan kurang menarik yg berlaku di sana....maklumlah ayah seorang yg tegas dan garang, begitu juga ibu....dan kami adik beradik pulak baru nak mengenal diri kami sendiri, baru nak mula mencuba itu dan ini, baru nak mula mencari identiti kami sendiri.

Kalau menceritakan ketegasan ayah, kesannya dapat saya rasakan sampai sekarang dan semenjak mempunyai keluarga sendiri, saya semakin faham dan berterima kasih kepada ayah atas tindakannya. Dulu mungkin saya tertanya kenapa ayah mcm gitu, kenapa ayah mcm gini, kenapa itu tak boleh, ini tak boleh....now bila dah ada anak sendiri, barulah sedar besar sebenarnya tanggungjawab menjaga amanah Allah ini. Lagipun kami majoriti perempuan, atas sbb itu ayah lebih berjaga-jaga dan tegas.

Ke mana sahaja kami pergi ayah akan menghantar, dan kalau nak keluar dgn kawan2, pelbagai soalan yg ditanya. Memang kami adik beradik lebih banyak menghabiskan masa di rumah, kami tak seperti remaja2 lain yg bebas ke sana sini. Bila berada di rumah tu pelbagai kerja2 rumah yg perlu disiapkan....kami hanya boleh memeberontak di dalam hati, kalau melawan kang kena plak. Penah saya dijirus dengan air sabun di dalam baldi kerana merendam sehelai baju ayah yg airnya saya letakkan sangat banyak utk sehelai baju....he..he...I learn my lesson after that....

Bercerita tentang rumah ini pula, rumah ini terletak dalam kawasan yg mempunyai halaman yg luas. Kawasan depan kami mempunyai sebuah pokok zaitun yg sederhana besar. Tp still boleh main panjat2 disitu. Disebelah pokok zaitun itu, kami mempunyai sebuah pondok, boleh duduk2. Bila petang2 kami bersantai disitu....kadang2 bawak makanan sekali....sambil memerhatikan atau menunggu giliran untuk bermain badminton. Kadang2 siram pokok2 yang ada.....tp yang paling leceh sekali bila tima raya....sbb rumah ini dikelilingi oleh pokok2 kecil, jd bila time raya tu kenalah bersih2kan rumput yg tumbuh, cuci longkang...uhuk..uhuk..lagilah bila buat time puasa....sungguh sadis sekali rasanya....

Dibelakang rumah, masih lagi terdapat kawasan yg luas. Boleh muat sebuah pokok durian yg tinggi, pakok rambutan dan mangga yg rendang. Time2 musim durianlah yg best. Walaupun buahnyer takdelah banyak, tp buat2 manis mulut bolehlah. Suka betul bila dengar durian runtuh.....berlari kami semua keluar nak pegi kutip. Tp alhamdulillah, setakat ni belum lg buah durian jatuh atas kepala...heheh.....Kami juga mempunyai sebuah bilik air yg luas juga yg mempunyai kolah (time kena bersihkan kolah, semua lari....) Dan sebuah stor yg besar....

Apa lagi yer...banyak sebenarnya, tp tak tau nak citer mana satu dan mana dulu....Hah, dulu pegi sekolah agama jalan kaki.....jauh sangat yg bestnyer kena lalu batang paip yg panjang. Tp saya ditemani adik....maklumlah sama umur, satu kelas plak tu. So far walaupun seram setiap kali lalu batang paip tu (seram sebab takut jatuh)...belum lagilah jatuh....pastu along the journey to school n home, ada saje kedai2 beli makanan, biasalah time2 tu suker beli benda bukan2....

Pasal frens plak, eermmm.....best sgt2, first time ada best fren, first time ada group....banyak join persembahan2 sekolah (ikut kwn2 lah ni...) main sofbol....eeee...banyak kenangan...best giler....tak tertulis pengalaman indah...and to think back, takda pengalaman pahit....Masa ni jugaklah main minat2, petsis (pet sister).....hehe kelakar masa ni....and embrassing jugak....chocolate day, apple day, sports day....hehe.....banyak giler pengalaman manis masa muda2 dulu.....

What else about the house? I guess banyak benda nak tulis, but tak pandai menulis pun....main tulis jer....anyway, miss the old times, miss my younger life

Surat dari Cardiff....

Last week I received a letter and a small token from a fren (best of the best) in Cardiff....Yes, she's right....though we have emails and ym and others, writing letter gave sentimental value.....

To bie, I do have answers and some little say to what you've wrote, but as I've just recovered from eye problem....(hardly can read, but still managed to read and understand..he..he...), the answers and says will be given to you soon.....

Yesterday, beng called me up asking about the letter (she received hers...) and she was shocked about this 3rd!....We planned to hang out during this Christmas....tp tak tau jadi ke tidak....jangan jeles.....!
Category: 2 comments

First checkup

Yesterday morning, had a checkup at HUKM. Alhamdulillah the cyst is smaller now. But one thing that I don’t understand…the Dr says that she did not worried about the cyst as it was small and also she mentioned that the cyst supply foods to the fetus!…..eermmm…..

So far, what I have read on the internet, I haven’t found any articles saying that cyst is giving foods to the fetus. What I have read, they says that cyst is not harmful when it is small and it might go away by itself, but there’s nothing saying about supply foods to the fetus…..maybe I have to search more……

And I didn’t asked the Dr how is that possible because too tired to ask….after the long waiting for scanning and seeing the Dr…..maybe on the next checkup I will ask….(if I didn’t found any info on cyst supply foods to the fetus…). Next checkups will be on 21st January 2010.

So happy because…. while scanning, could see my baby is jumping! Could see the heartbeat, the arms and the legs…..Although this has been the third time for me, still kesyahduan masih terasa melihatkan ada nyawa dalam perut kita, melihatkan perkembangannya yg semakin membesar…..he..he….

This third pregnancy, I don’t have severe vomiting and nausea as I had with the last 2. Is just that I cannot take oily foods, others I can eat as usual. I love to eat fruits n sweet foods. And this time also I crave for many kind of foods….which makes me scared if the foods is hard to find….(janganlah sampai mimpi2 lagi nak makan itu ini…..). Also I had so many weird dreams……during 2nd pregnancy I do have dreams….a lot…. but not as weird as I have now……hopefully it is nothing….

The 2 boys, Haziq n Harris dah menunjukkan perubahan mereka. Haziq semakin mengada-ngada, semakin banyak buat perangai yg menguji kesabaran. Dulupun masa nak dapat Harris, mcm tu gak....Ada saje yg dia buat, mcm nak attract attention. Yang Harris pulak semakin manja, nak berdukung saje....kadang tu merengek saje nak minta didakap.....and me.....bila dua2 dah mcm tu, mula cepat jer temper.....hish!....Bila dah reda dari kemarahan tu, menyesal lah pulak.....tp mmg masa tgh marah, tak boleh nak control.....beristigfar pun lambat jer nak reda marahnya.....

But anyway, hofefully semua akan ok and all of us tabah menanti saat kehadiran orang baru dalam keluarga kami. Semoga sihat dan selamat. Dan yang paling penting, semoga kehadiran anak yg ketiga ini akan membawa lembaran baru dalam hidup kami....lebih bahagia dan tenang dan bermakna dan diberkati Allah....amin...

Lega dan syukur....

Cuti raya haji baru-baru ini dapat dimanfaatkan bersama keluarga tercinta. Walaupun masa yg singkat tapi dapat merasakan kepuasan bersama keluarga terutamanya bersama ibu dan ayah. Usia mereka semakin meningkat, ibu pula semakin tidak sihat. Kalaulah dapat bersama mereka dengan lebih kerap, mungkin banyak yg dapat dilakukan untuk mereka.

Sejak ibu dimasukkan ke hospital beberapa minggu yg lalu (tapi alhamdulillah dah pun discharged), saya merasakan perlunya untuk bersama mereka dengan lebih kerap kerana dapat merasakan bila2 masa sahaja mereka akan dijemput Illahi. Tak dapat membayangkan hidup tanpa mereka, walaupun sedar hakikat bahawa suatu hari nanti mereka akan pergi juga.

Syukur, semasa raya puasa yg lalu saya sempat melawat mak saudara saya di Kota Tinggi, dia sedang bertarung nyawa melawan penyakit kansernya. Kini dia sudah tiada lagi. Semasa raya haji kedua, kami dikejutkan dengan berita kematian bapa saudara sebelah suami pula. Suami bergegas ke Batu Pahat untuk menziarahi keluarga di sana. Suami sempat bersama-sama menguruskan jenazah dan dia juga berasa lega dapat melaksanakannya. Peluang yg ada itu sempat juga berjumpa dengan saudara mara yg lain, lebih-lebih lagi yang sudah bertahun2 tidak berjumpa. Ini merupakan satu kepuasan.

Semalam sebelum pulang ke Kuala Lumpur saya singgah untuk melawat mak long dan pak long saya di Segamat. Sudah hampir 4 tahun lebih saya tidak ke sana, walaupun niat ke sana memang ada tp sering sahaja ada yg menghalang. Namun semalam, saya bersama suami dan anak-anak menggagahkan diri juga ke sana. Alhamdulillah, boleh saya katakan memang berbaloi. Kami berborak panjang, makan2 (dapat makan masakan kampung yg sangat sedap, puas!)

Insya Allah, aktiviti ziarah-menziarahi saudara mara, selain keluarga tercinta akan dihangatkan, agar perhubungan menjadi lebih rapat dan mesra....Insya Allah....

Pembakar semangat....

Jika suami memilih untuk tidak turut serta dalam kebahagiaan yang kita ciptakan...tidak bermakna kita tidak boleh bahagia...usahlah terus-terusan menzalimi diri sendiri...berdoa dan terus berdoa...semakin kita menangis, semakin kuat Jibrail memeluk kita sebenarnya....lebih baik daripada pelukan suami...