Himpunan kata-kata hikmah buat renungan....

1. Bagaimanakah agaknya pandangan malaikat kepada kita yg mengaku beriman sedangkan perbezaan iman kita dengan SAHABAT R.A umpama setitik air berbanding lautan.

2. Nikmat di dunia yang paling tinggi bagi lelaki adalah wanita, tetapi kerana wanita juga manusia diusir dari syurga sebab mereka mudah terpedaya dgn tipu daya iblis/syaitan.

3. Kita ada Tuhan tetapi tidak mengenaliNya. Kita ada Rasul tetapi tidak mahu mencontohinya. Kita ada kita tetapi jahil tentangnya. Siapa kita di muka bumi ini?

4. Sebaik-baik muhasab diri adalah dengan merenung kelemahan, kekurangan dan dosa2 lalu dengan penuh istigfar dan bersyukur kerana masih di beri waktu untuk bertaubat.

5. Bermula zikir dengan fikir. Bermula fikir dengan hajat. Bermula hajat dengan keperluan. Bermula keperluan bila kekurangan. Kekurangan ini menandakan kita makhluk yang lemah.

6. Sesuatu niat itu wajib baginya kesempatan waktu dan kukuh dengan pegangan iman yg sabar menghadapi sebarang ujian, gangguan, godaan dan tentangan.

7. Puasa mampu bertindak mengahncurkan sisa-sisa racun/toksik dalam darah manusia dan memberi kesegaran pada otot2 serta mampu memberi imbangan dalam darah.

8. Kita sering berbelanjan demi memuaskan hawa nafsu tetapi amat berkira berbelanja demi kesuburan iman sebagai tanda syukur untuk mendapat keredhaan Tuhan.

9. Kekayaan di dalam kehidupan adalah terletak pada ilmu pengetahun dan mudjahadah demi pembangunan ummah, adalah sebaik2 perasaan kehambaan pada Allah.

10. Bajai iman dengan mujahadah kehidupan, didik nafsu dengan berpuasa, asah fikiran dengan fikir mati, bentuk peribadi dengan solat dan bina kalam dengan bertasbih.

11. Cara hidup menentukan cara mati, syukur menentukan alam kubur, sabar menentukan masyhar dan ikhlas menentukan titian sirat.

12. Kurniaan Tuhan itu terbahagi kepada 3 iaitu kepuasan nafsu, keindahan amal dan ketenangan kehidupan. Maka perlu bijaksana di dalam menerima anugerahNya.

13. Berjalan kepada Allah ada 4 cara iaitu fikir pada perjalanan syariat, zikir pada perjalanan tariqat, sabar pada perjalanan hakikat dan syukur pada perjalanan makrifat.

14. Hidup perlukan perjuangan, tanpa perjuangan tiada pengorbanan, tanpa pengorbanan tiada kecintaan, tanpa kecintaan musnah segala kehidupan.

15. Sesungguhnya perjalanan rukuk iman itu bermula dr bwh iaitu hidup atas Qada dan Qadar, diikuti dengan kiamat, kitab Rasul, Malaikat dan akhirnya bertemu dengan Allah.

16. Jangan bermusuh atau berprasangka burk sesama manusia selagi kita tak mengenali latar belakangnya kerana itu adalah bermulanya dosa yang membawa kepada dengki dan khianat.

17. Hafallah kesemua cerita 25 para Rasul itu bersama sejarahnya. Di situlah tersuratnya masalah yg terkumpul di akhir zaman ini. Fikir2 kanlah.

18. Hidup ini adalah suatu perjalanan. Perjalanan pula terdapat berbagai ujian. Setiap ujian itu tersirat hikmahnya. Setiap hikmah menjadi anak kunci keredhaan.

19. Sebaik2kaya adalah kaya ilmu. Secantik2 hiasan adalah akhlak yg mulia. Seindah2 kemuliaan adalah taqwa dan sesegak2 diri adalah kesihatan yg sempurna.

20. Makan nasi itu kenyang, makan hati itu tegang, makan masa itu hilang, makan usia itu tembelang. Makan tidur itu?

21. Jauhilah diri kamu dari bermusuh dan berbaktilah serta berbuat baik kepada orang yg memusuhi kamu, kerana terselindung hidayah disebaliknya.

22. Kawan yg mengajak berbuat mungkar itu syaitan, yg menggoda itu nafsu dan yg mengajak melakukan lalai itu kafir. Siapakah kawan disekeliling kita?

23. Yang memperbaiki kelemahan diri itu mulia. Yang membuka aib org itu hina. Yang istigfar tetapi sering melakukan dosa itu sia2. Yang sering bermunajat itulah petanda hamba.

24. Iman itu utk mengkotakan diri, Islam itu untuk melaksanakan diri. Insan itu mencantikkan diri dan ehsan itu membentuk peribadi.

25. Ajal itu ketentuan mati kita. Janganlah membazir waktu dan harta untuk meneyelamatkan nyawa. Tetapi selamatkan iman kita yg sentiasa lemah & kurang itu.

26. Celaka/BAhagia itu terletak pada taat, jujur, redha dan ikhlas dalam kehidupan. Dgn ini juga kita sering berada di persimpangan fikir dan amal.

27. Bermula taat dgn ikut, ikut dgn suka, suka dgn senang, senang dgn lapang, lapang dgn tenang, tenang dgn terang hati melalui hidayah dan qada.

28. Jujur itu telus terutama pada diri sendiri. Tiada rugi bila jujur dgn manusia juga haiwan, malah keuntungan rohani dinikmati dan menjadi pelita hati.

29. Terima apa sahaja kemungkinan yg dtg sama ada yg baik mahupun yg buruk, dgn hati yg terbuka dan tetap bersyukur dgn amalan dan istikamah.

30. Ikhlas itu sgt subjektif. Buat sesuatu perkara itu kerana Allah, tak buat sesuatu perkara itu juga kerana Allah. Ilmu laduni menjadi sandarannya.

30. Ilmu laduni itu adalah ilmu kurniaan Allah kepada sesiapa yg diinginiNya. Bahasa ilmu iniadalah bahasa hati dan kehidupan adalah taruhannya.

31. Halal itu jelas. Haram itu jelas. Di antaranya itu syubahat. Peliharalah diri dr syubahat dan ia diibaratkan seperti melindungi agama dan kehormatan diri.

32. Zuhud dunia akan dicintai Allah, zuhud pd manusia, disukai ramai. Perlu bijak mengatur kehidupan zuhud itu agar tidak mendatangkan fitnah.

33. Barangsiapa yg melapangkan seorang mukmin pd suatu kesusahan di dunia, nescaya Allah akan melapangkan kesusahannya di hari kiamat.

34. Barang siapa yg menutup keaiban seseorang muslim, nescaya Allah akan menutup keaibannya di akhirat dan Allah selalu menolong hambaNya yang berusaha menolong saudara2nya.

35. Barang siapa menuju satu jalan yg menuntut ilmu, nescaya Allah akan memudahkan suatu jalan bgnya ke syurga.

36. Sesungguhnya Allah memaafkan kita dr segala kesilapan, kealpaan dan sesuatu perkara yg di paksa. Ini adalah Rahman dan Rahim Allah kepada kita hambaNya.

37. Tidak beriman kita sehinggan hawa nafsu patuh dan taat kepada ajaran Islam melalui ilmu Al-Quran dan sunnah berpandukan hadis Rasullulah SAW.

38. Manusia yg mempunyai sifat Tawadduk, jujur, redha dan ikhlas kepada Allah maka dia akan selamat dr tipu daya dan godaan iblis melaui harta, kuasa dan wanita.

39. Berkat makan itu adalah dimulakan dgn 3 jari selepas doa makan dibaca. Minumlah air setelah 40 langkah selepas makan agar sempurna hazamnya.

40. Jgn sesekali menyulam air minum semasa makan kerana ia boleh melemahkan akal dan fikiran.

It's been a long time

Its been along time since the last time I wrote in here....many things have happened....but whatever it is, life must go on....
Category: 0 comments

Apa yang saya cari dalam hidup saya?

Saya berasa cukup tertekan bila memikirkan sehingga kini saya masih belum ada satu pun pencapaian dalam hidup yang boleh dibanggakan. Sangat-sangat tertekan sebenarnya. Lebih tertekan lagi apabila melihat kawan-kawan yang sebaya ataupun yang jauh lebih muda daripada saya menikmati kejayaan dalam hidup yang pada saya boleh dibanggakan....Usia semakin meningkat, bila-bila masa pun saya mungkin dijemput Allah yang Esa.....

Mengapa ya benda ini terjadi? Saya ingin mencari jalan keluar daripada permasalahan ini, tapi setiap kali saya berfikir dan memikirkan jalan penyelesaian, saya merasakan seolah-olah saya tidak boleh bergerak ke mana-mana. Ke belakang saya tak boleh, ke depan saya tak boleh, ke kiri saya tak boleh, ke kanan pun saya tak boleh...boleh dikatakan setiap solutions yang saya fikirkan mesti ada sahaja halangan yang membantutkan saya untuk bergerak....and I can't talk to anyone about this....it's like nobody can help me either....

Menjadi seorang anak pun saya bukanlah anak yang baik, menjadi seorang isteri pun saya bukanlah isteri yang baik, menjadi seorang ibu kepada anak-anak saya juga bukanlah ibu yang baik, menjadi seorang pekerja kepada majikan saya pun bukanlah antara yang terbaik juga....mengapa ya? Saya rasa saya mampu untuk menjadi yang terbaik, paling tidak pun dapat menyumbangkan sesuatu yang positif, tetapi halangan-halangan dan cabaran-cabaran yang datang menyebakan saya seperti gagal menjalankan tanggunjawab saya kepada mereka-mereka ini dengan baik....

Mungkin sebenarnya saya kurang berusaha untuk menjadi yang terbaik, mungkin saya mengharapkan sesuatu yang luar biasa diluar kemampuan saya....Mungkin saya tak kenal siapa diri saya yang sebenar....

Banyak benda yang ingin saya lakukan untuk mengisi diari hidup saya, saya nak nanti saya tak merasa rugi kerana mensia-siakan masa saya tanpa melakukan perkara-perkara yang boleh dibanggakan dan diingati....sehingga kini saya merasa sedikit menyesal kerana mensia-siakan masa persekolahan saya dan yang paling saya menyesal, kerana mensia-siakan masa pengajian tinggi saya....saya tak nak mensia-siakan kehidupan saya sekarang....

Hari-hari yang saya lalui sekarang akan bersemangat apabila saya ingat kepada anak-anak saya yang sedang membesar dan memerlukan perhatian saya. Melihatkan keletah mereka sering membuatkan saya lupa kepada permasalahan saya dan membuatkan saya terfikir untuk tidak tunduk kepada masalah dan terus menjadi kuat demi masa depan mereka....saya tak nak mereka menjadi seperti saya....saya ingin mereka menjadi insan yang kuat imannya, tabah dalam menghadapi pelbagai cabaran hidup dan menjadi insan yang berjaya dalam apa jua yang mereka lakukan....

What should I do? It's so stressful....
Category: 0 comments

Goodbye my fren.....

To my dear fren Cobie......

Good things wouldn't be so good and bad things wouldn't be so bearable if I hadn't you to share them. Thank you for being the best of friends...

A lot of things to say but bottom line is I'm thankful to Allah we become frens, a good one. Best buddy I ever had.....and since that you're goin, and since the last time we met, we hug each other, all the memories of you n me flashing back.....and oh God....how I realize I miss the time we spent.....miss the things we shared.....miss the talking....miss everything about you.....how I wish we could be together again.....




Anyway, wish you all the best of luck in Cardiff, study smart, take good care of yourself.....I'm not goin to tell you again about what you should or shouldn't do....I guess you are well enough to know about that.....just be carefull and don't forget me....isk..isk...

Take care.....sayang you always....

"We live so far apart, and yet, somehow, we have kept track of one another. Too long a silence and each begins to worry. We need to know the other is there-sharing the planet, safe n sound, under the self-same star. The link we fashioned so long ago is thin as a thread but strong as steel"

Category: 1 comments

What happened to our teenagers?

Kalau baca paper hari2 ada sahaja berita yang menyedihkan yang melibatkan anak2 remaja kita. Buli, rogol, dadah, gangster....macam-macam....Kadang-kadang tu sampai takut nak baca paper...especially harian metro.....ada sahaja berita-berita yang menakutkan dan menyedihkan....Saya pasti ramai yg concern macam saya tapi just sekadar mengeluh dan berdoa agar ia tidak terjadi kepada kita.

Saya tak pasti, adakah pihak kerajaan tak aware pasal hal ini? Atau susah sangat nak fikirkan sesuatu utk mengatasi masalah seperti ini? Politik dah lah kucar kacir.....sosial semakin meruncing....Memanglah it takes a lot of effort and its concern everyone and it may takes time but sesuatu mesti dilakukan.....

Apakah punca utama agaknya semua ini boleh berlaku? Adakah semakin maju manusia, semakin maju teknologi, semakin parah social life?

Banyak sebenarnya yang boleh dibincangkan berkenaan dengan hal ini tp saya belum berkesempatan...insya Allah bila ada kelapangan saya akan menulis lagi tentang hal ini...cuma hari ini ingin meluahkan betapa kecewa atas apa yg berlaku....dan sesetengah kejadian membuatkan saya menangis, rasa malu dan takut.....

Saya berdoa agar Allah dapat menyelamatkan semua remaja daripada terjebak dengan hal2 yang tidak bermoral terutamanya remaja Islam dan semoga mereka menuju ke jalan yg benar.....dan sesungguhnya saya berdoa agar anak2 saya terhindar daripada perkara2 mungkar....amin.....

It's all over

After all these years I've been trying to conserve everything that I had in my life, now everything is gone...I guess this is the best way for me...for the others....I'm free now....not totally free but will be....and it will be the happiest day in my life. May Allah protect me and save me....and of course forgive me for every wrong doin I've done all this while....

I accept this fate of my life n I will go on....cause life goes on.....

Bunkface-Situasi
Diskriminasi menjatuhkan aku
Reputasi kini menjadi bisu
dan aku, ku layu
disitu
Mengharapkan sesuatu yang baru
itulah impian aku
C/O
Dan bila kau menghilang
Musnah la, musnah impian
tuk menggapai bintang
terangi hidup ku
Ku mahu kau tahu
engkaulah, destinasiku
dalam ingatanku .. oh oh oh…
Kerana diri ini tak daya lagi
menempuh hidup yang ku temui
dan aku, ku tunggu .. oh oh oh
disitu
Mengharapkan sesuatu yang baru
itulah impian aku

I like this song, but it never occurred to me that it has meaning to my life.....kepada yg pernah mendoakan untuk saya, saya ucapkan terima kasih.....
Category: 2 comments