Haziq Iqbal

Macam mana yer nak memulakan cerita....tapi rasanya keadaan semakin berat dan boleh saya katakan parah tentang keadaan Haziq. Ya, kami rasakan ianya parah dan begitu buntu untuk mencari cara menagani masalah ini. Haziq bukanlah sakit, dia alhamdulillah sihat walafiat, cuma this recently dia kurang makan....dengan keadaannya yang memang kurus menjadi semakin kurus....

Apa yang lebih membimbangkan kami tentang sikapnya yang semakin manjadi-jadi....dia seorang yang sangat degil dan pemarah....kami menganggap sifat nakal dan talkativenya itu adalah perkara biasa dan normal bagi seorang kanak-kanak, apatah lagi dia adalah kanak-kanak lelaki. Tp apabila nakal, talkative dicampur dengan degil dan pemarah ianya menjadi sesuatu yang sangat membimbangkan.

Kami tidak pasti apa puncanya, apa sebabnya dia jadi begitu....langsung tidak mendengar kata, tidak makan pujuk, tidak makan nasihat.....pada mulanya kami sehabis baik menggunakan kasih sayang dan kelembutan, tetapi ianya tidak berkesan. Apabila dicampur dengan kekerasan, ianya menjadi semakin parah....

Dialah anak pertama kami, dan kelahirannya yang tak cukup bulan dan beberapa kali kami hampir kehilangannya, menyebabkan kasih sayang kami tiada batasan. Segala kemahuan dituruti, segala keinginan dipenuhi. Tetapi pada saya, ianya bukanlah ditahap melampau apa yg dituruti dan dipenuhi. Memang kami kurang ketegasan, kami dengan pelbagai cara buat dia faham tentang sesuatu perkara, pujuk dan bermain psikologi dengannya....tetapi keadaan semakin teruk dan membuatkan kami semakin buntu. Saya sendiri merasakan seolah-olah kami perlu mendapatkan bantuan professional untuk mengatasi masalah ini.

Setiap hari saya berdoa pada Allah agar diberikan petunjuk bagaimana untuk menangani kerenah Haziq, sering juga tertanya-tanya di mana silap kami, apa yang boleh kami lakukan untuk memperbetulkan keadaan agar dia tidak berterusan begitu.


Setiap kali saya menggunakan kekerasan dengan merotannya, pasti saya yang akan menangis dengan seribu penyesalan....dan dia masih begitu walaupun dirotan, walaupun dimarah, walaupun di beri amaran dan nasihat. Huh...bagaimana yer saya nak meggambarkan keadaannya.....

Sekarang ni, every single moment dia akan buat hal....setiap pagi apabila kejutkan dia untuk mandi dan pergi ke sekolah, dia akan menangis. Hampir setengah jam atau lebih memujuknya untuk bangun, dan kekadang apabila dia mula menangis, pujuk lagi dan pujuk lagi....bila tak makan pujuk, marah pula. Dia akan berdolak dalik, menangis dan menjerit-jerit without no reasons. Dia nak dukung, ayah dia dukung. Hampir setiap pagi ayah dia akan dukung untuk ke bilik air, tp dia tetap menangis tanpa sebab, ditanya berkali-kali, memujuk berkali-kali dia tetap begitu.

Bila petang kami menjemputnya drp taska, dia meminta itu ini. Bila dia inginkan sesuatu dia mensti mendapatkannya. Walaupun sudah diterangkan dan beri pelbagai sebab mengapa tidak boleh dia pasti akan marah, mengamuk dan menangis mahukannya juga. Dia akan tendang-tendang sana sini, menggigit tangan ayahnya, mengeluarkan air liur dan membuat perkara-perkara yg membuatkan kami semakin marah. Bila dirumah dia pati akan mengusik adiknya, sama ada mencubit atau mencengkam tangan adiknya. Dia akan berebut permainan. Kalaupun dia bermain sendiri, dia akan membuat bising. Ditegur dan dinasihati lansung dia tidak ambil peduli, berkali-kali panggil Haziq..Haziq..dia buat tak tahu saja....mengapa yer jd begitu? Bila dimarah, dia juga akan marah kami semula, lansung tidak takut, apatah lagi nak menghormati....

Kami jadi buntu seketika....kami juga semakin tertekan....